Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Dan Menempah Vaksin AstraZeneca Bagi Warga Emas Mulai 23 Mei 2021

Tempahan akan dibuka untuk golongan warga emas yang ingin mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca bermula 23 Mei 2021 ini.

Syarat Tempahan Vaksin AstraZeneca
Syarat tempahan vaksin AstraZeneca (Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19)

Tarikh

23 Mei 2021
(Terhad – ‘siapa cepat, dia dapat’/ ‘first-come, first-served’)

Syarat-syarat

  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Telah mendaftar menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
  • Menetap di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor atau Sarawak
  • Nombor kad pengenalan dan alamat terkini adalah seperti dalam aplikasi MySejahtera

LANGKAH-LANGKAH

1) Kunjungi laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di http://vaksincovid.gov.my

2) Pilih ‘Tempahan Untuk Vaksin AstraZeneca’ dan klik butang ‘ Mohon Sekarang!’

3) Isikan butiran peribadi dan maklumat yang diperlukan.

4) Tekan ‘Hantar’

Anda akan menerima pengesahan melalui SMS dan aplikasi MySejahtera.

Kesan sampingan

Setakat ini, lebih 20 juta dos vaksin AstraZeneca telah diberikan di seluruh United Kingdom. Menurut MHRA (The Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency), risiko berlakunya pembekuan darah yang serius daripada kesan penerimaan vaksinasi AstraZeneca adalah hanya 4 dalam 1 juta orang (0.0004%).

Risiko Pembekuan Darah Vaksin AstraZeneca
Risiko pembekuan darah vaksin AstraZeneca (Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19)

Bukan sahaja itu, malah vaksin AstraZeneca kini turut digunakan secara meluas di seluruh dunia. Antara negara-negara yang turut menggunakannya ke atas golongan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas ialah Belanda, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Makedonia Utara, Sepanyol dan Sweden.

Negara Lain Yang Beri Vaksin AstraZeneca
Negara-negara lain yang turut memberi vaksin AstraZeneca kepada warga emas (Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19)

Turut diambil kira ialah beberapa kesan sampingan tidak serius seperti demam, sakit kepala, kelesuan, menggigil, loya, cirit-birit, sakit sendi dan sakit otot. Sekiranya anda demam, anda dijangka kembali sihat dalam tempoh lebih kurang 48 jam.

Kesan Sampingan Biasa Vaksin AstraZeneca
Kesan sampingan biasa vaksin AstraZeneca (Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19)

Namun, dalam tempoh 4 hari hingga 4 minggu selepas divaksin, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang agak serius dan berpanjangan.

Kesan Sampingan Serius Vaksin AstraZeneca
Kesan sampingan serius vaksin AstraZeneca (Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19)

Lain-lain

Bagi ibu-ibu yang mengandung, anda tidak disyorkan untuk mendapatkan vaksin buat masa ini. Bagi ibu-ibu yang menyusu pula, sila dapatkan nasihat dan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu.

Panduan Ibu Mengandung Vaksin AstraZeneca
Panduan ibu mengandung dan menyusu yang ingin mengambil suntikan Vaksin AstraZeneca (Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19)

Selepas selesai dos pertama, dos kedua akan diberikan dalam tempoh masa 12 minggu (3 bulan). Sila semak tarikh temu janji untuk mendapatkan dos kedua melalui aplikasi MySejahtera.

Jarak Dos 12 Minggu Vaksin AstraZeneca
Jarak dos 12 minggu vaksin AstraZeneca (Kredit: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19)

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Talian Hotline: 1800-888-828
E-mel: [email protected]

Sumber: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19

Leave a Reply