Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Menyemak Nombor Akaun Bank & Nombor Telefon Yang Diragui Menggunakan ‘Semak Mule’

Terdapat banyak kes penipuan yang melibatkan transaksi dalam talian sejak kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membangunkan portal Semak Mule untuk kegunaan orang ramai menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon yang diragui.

Apa itu ‘Semak Mule’?

Semak Mule merupakan sebuah portal yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK atau CCID) Polis Diraja Malaysia.

Elak dari menjadi mangsa penipuan
Orang ramai digesa menggunakan Semak Mule bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan (Kredit: Kementerian Kewangan Malaysia)

Fungsi

Fungsi utama JSJK adalah menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi sama ada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

Tujuan

Semak Mule dibangunkan sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan orang ramai dari menjadi mangsa penipuan (‘scammer’) yang melibatkan transaksi wang ke dalam akaun bank pihak ketiga atau nombor telefon yang diragui serta tidak sah.

Jenis-jenis penipuan

  • Credit Card Fraud (penipuan kad kredit)
  • International Scam (penipuan antarabangsa)
  • Parcel Scam (penipuan penghantaran bungkusan)
  • E-Banking Fraud (penipuan perbankan elektronik)
  • Love Scam (penipuan ‘permainan cinta’)
  • Insurance Fraud (penipuan insurans)
  • Inheritance Fraud (penipuan harta pusaka)
Semak Mule
Semak Mule (Kredit: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis Diraja Malaysia)

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman sesawang Semak Mule Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Polis Diraja Malaysia di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule

2) Buat pilihan bahasa yang anda ingin gunakan sama ada Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin atau Tamil.

3) Masukkan nombor tanpa sebarang jarak (dirapatkan) atau tanpa sebarang tanda sempang/sengkang (‘-‘).

4) Pilih kategori nombor yang telah dimasukkan tersebut sama ada merupakan nombor akaun bank atau nombor telefon.

5) Masukkan maklumat ‘Captcha’ (4 aksara nombor atau simbol) yang diperolehi di sudut sebelah kiri.

6) Tekan ‘Semak Maklumat’.

Video LANGKAH-LANGKAH:

Keputusan semakan Semak Mule anda akan diperolehi hanya dalam masa beberapa saat (tertakluk kepada aliran trafik dan kelajuan capaian internet). Bilangan carian terhadap nombor yang telah anda masukkan tersebut juga telah direkodkan.

Jumlah laporan yang diterima terhadap nombor tersebut akan dipaparkan sekiranya nombor akaun bank atau telefon tersebut adalah disyaki sebagai milik ‘scammer’. Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada walaupun masih belum pernah ada laporan yang dibuat terhadap nombor yang dimasukkan tersebut.

Penafian

Kerajaan Malaysia dan PDRM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman Semak Mule ini.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.