Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Membuat Penebusan Kredit e-Wallet RM150 Di Bawah Program eBelia PEMERKASA

Mereka yang layak boleh membuat penebusan kredit e-wallet dengan nilai sebanyak RM150 melalui program eBelia di bawah PEMERKASA (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi) yang diumumkan semasa Belanjawan 2021.

Penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi e-wallet, e-dompet atau e-tunai terpilih, yang akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh kempen.

Penebusan kredit e-wallet RM150
Penebusan kredit e-wallet RM150 melalui program eBelia PEMERKASA (Kredit: Kementerian Kewangan Malaysia)

Apakah itu Program eBelia​?

  • Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 yang bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
  • Program ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 2 juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta.
  • Setiap pemohon yang layak boleh menuntut nilai RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Tarikh

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Syarat-syarat

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:

    1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); ATAU
    2. Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat.

Data belia akan disemak silang dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

LANGKAH-LANGKAH

Muat turun aplikasi e-tunai pilihan anda
Pilih aplikasi e-tunai anda dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

1) Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik.

2) Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan ‘HANTAR’. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia.

Sumber:
Laman Khas Belanjawan 2021, Kementerian Kewangan Malaysia

Pautan:
1) Touch’nGo eWallet
2) Boost
3) BigPay
4) ShopeePay

 

Leave a Reply