Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rakyat Malaysia digesa agar segera membuat pendaftaran vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Kerajaan melalui JKJAV akan melaksanakan pendekatan menyeluruh bagi memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan suntikan vaksinasi bagi melawan virus COVID-19.
Siapakah JKJAV?
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merupakan jawatankuasa yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang ditubuhkan bagi memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat, sempurna dan berkesan.
JKJAV memainkan peranan penting sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Fasa-fasa
Terdapat 3 fasa dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:
LANGKAH-LANGKAH
Terdapat 3 pilihan untuk membuat pendaftaran vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu melalui aplikasi MySejahtera, melalui laman web ATAU melalui panggilan telefon:
(Jika anda merupakan seorang pengguna MySejahtera, sila buat pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi kerana semua maklumat anda sudah berada di dalam rekod pangkalan data)
Langkah (1) Muat turun/buka aplikasi MySejahtera anda.
Langkah (2) Klik ikon “Vaksinasi COVID-19”.
Langkah (3) Klik pada “Vaksin untuk…” dan ikut arahan untuk kemaskini butiran untuk mendaftar.
Langkah (4) Tunggu notifikasi temu janji vaksinasi anda.
Langkah (1) Klik “Daftar Sekarang”.
Langkah (2) Isi butiran peribadi anda.
Langkah (3) Klik “Hantar”.
Langkah (4) Tunggu notifikasi temu janji vaksinasi anda.
Langkah (1) Hubungi 1800-888-828.
Langkah (2) Beri maklumat yang diminta kepada pegawai yang bertugas.
Langkah (3) Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut, anda boleh terus bercakap dengan pegawai di talian.
Langkah (4) Tunggu notifikasi temu janji vaksinasi anda.
Maklumat lanjut dan pertanyaan
Talian Hotline: 1800-888-828
E-mel: [email protected]
Sumber: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)