Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rakyat Malaysia yang layak kini boleh menebus subsidi sebanyak RM300 untuk membeli peranti atau RM180 untuk melanggan data bulanan di bawah Program Jaringan Prihatin B40.
Seramai 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bakal menikmati nilai manfaat sebanyak RM3.5 bilion ini di bawah Program Jaringan Prihatin B40 hasil dari pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu.
Apakah Program Jaringan Prihatin B40?
Program Jaringan Prihatin B40 merupakan kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.
Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan faedah keseluruhan berjumlah RM3.5 bilion (RM2 bilion dari kerajaan dan RM1.5 bilion dari faedah padanan syarikat telekomunikasi).
Jenis-jenis subsidi
Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:
Tarikh
Program ini akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.
Syarat-syarat
Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin. Syarat-syaratnya adalah mengikut status berikut:
1) Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
2) Penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
Lain-lain
(Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci mengenai Program Jaringan Prihatin B40)
LANGKAH-LANGKAH
1) Semak status kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda dengan agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ATAU Kementerian Kewangan Malaysia (MoF ). Semakan status boleh dibuat melalui:
2) Daftar dengan mengunjungi kiosk-kiosk syarikat telekomunikasi di premis perniagaan atau pusat membeli belah yang mengambil bahagian dalam subsidi Program Jaringan Prihatin; ATAU layari terus laman web syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian melalui pautan berikut:
Sumber: Laman Khas Belanjawan 2021, Kementerian Kewangan Malaysia