Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Sebagai Majikan Di Bawah Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0)

Majikan kini boleh mendaftar untuk menerima bantuan kewangan dari kerajaan di bawah Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) secara bersasar iaitu bagi sektor pelancongan atau runcit dan juga semua sektor di negeri yang terlibat dengan PKP.

Pendaftaran adalah melibatkan permohonan baru untuk majikan yang belum pernah menerima PSU 1.0 atau PSU 2.0 dan permohonan lanjutan bagi majikan yang telah menerimanya sebelum ini.

Apakah Program Subsidi Upah 3.0?

Program Subsidi Upah 3.0

PSU 3.0 adalah lanjutan dari PSU 1.0 dan PSU 2.0 yang merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi setiap perusahaan.

PSU 1.0 melibatkan pakej rangsangan PRIHATIN dan PENJANA berjumlah RM13.5 bilion (bermula dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020) manakala PSU 2.0 melibatkan pakej rangsangan KITA PRIHATIN berjumlah RM2.4 bilion (bermula dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020).

PSU 3.0 pula melibatkan peruntukan RM1.5 bilion dari BELANJAWAN 2021 (bermula dari 1 Januari 2021) untuk sektor pelancongan atau runcit  dan ditambah baik sebanyak RM1.5 bilion lagi melalui pakej rangsangan PERMAI (bermula dari 19 Januari 2021) untuk semua sektor di negeri yang terlibat dengan PKP. Kedua-dua perlaksanaan berakhir pada 30 Jun 2021.

Tarikh

Bermula dari 1 Januari 2021 hingga 31 Julai 2021.

Syarat-syarat

1) Untuk mendaftar di bawah Program Subsidi Upah, majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.

2) Majikan juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.

3) Kadar penurunan pendapatan atau jualan bulanan adalah sebanyak 30% atau lebih bagi tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

4) Gaji pekerja adalah RM4,000 dan ke bawah.

5) Majikan disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan walaubagaimanapun, dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.

6) Had bilangan pekerja yang boleh dituntut adalah seramai 75 orang (bagi saiz perusahaan 75 orang pekerja dan ke bawah), 200 orang (76 hingga 200 orang pekerja) dan 500 orang (lebih 200 orang pekerja).

7) Untuk majikan sedia ada dalam PSU 1.0 dan PSU 2.0, kadar bayaran bagi sektor pelancongan dan runcit adalah RM600 sebulan bagi setiap pekerja selama 3 bulan. Untuk majikan baharu (PSU 3.0), kadar bayarannya RM600 sebulan bagi setiap pekerja selama 6 bulan.

Kadar bayaran bagi majikan daripada semua sektor di negeri yang terlibat dengan PKP pula adalah sama untuk majikan sedia ada dan juga majikan baharu iaitu RM600 sebulan setiap pekerja selama 1 bulan.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web https://psu.perkeso.gov.my/

2) Klik “Permohonan”.

3) Klik “Permohonan Baru 3.0”.

4) Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik “Halaman Seterusnya”.

5) Isi maklumat yang diperlukan.

6) Muat naik *dokumen sokongan.

7) Klik “Hantar”.

Pendaftaran Program Subsidi Upah

*Dokumen sokongan

1) Senarai nama pekerja (mengikut had saiz perusahaan).

2) Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata akaun bank).

3) Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank.

4) Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.

5) Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.

Maklumat lanjut

Hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected]

 

Sumber:

(1) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

(2) Employment Insurance System (EIS)

Pautan:

Soalan-soalan lazim (FAQ) PERKESO

Leave a Reply

Your email address will not be published.