Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mencetak Kod QR ‘MySejahtera Check-In’ Bagi Kegunaan Di Pintu Masuk Premis Perniagaan

Pemilik premis perniagaan kini boleh menghasilkan sendiri kod QR MySejahtera Check-In untuk ditampal dan diimbas di pintu masuk premis masing-masing.

Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam.

Apakah ‘MySejahtera Check-In’?

MySejahtera Check-In

MySejahtera Check-In adalah merupakan satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera yang memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia.

Ia merupakan satu sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut, pelawat akan diminta terlebih dahulu untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan di pintu masuk premis-premis yang berdaftar.

Fungsi-fungsi

Kerajaan telah membangunkan MySejahtera Check-In yang berfungsi untuk:

  • Membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat;
  • Mengurangkan kesesakan pelawat;
  • Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norma Baharu; dan
  • Memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak disalahgunakan.

Kegunaan

Selain dari premis perniagaan, MySejahtera Check-In juga boleh digunakan di:

  • Tapak pembinaan;
  • Kilang;
  • Kedai;
  • Pejabat; dan
  • Pengangkutan awam

Perundangan

Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Privasi

Aplikasi MySejahtera dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU.

Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja.

Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Klasifikasi tahap kesihatan

1) ‘Low Risk’ – Individu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.

2) ‘Casual Contact’ – Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.

3) ‘Close Contact’ – Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:

  • Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19);
  • Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19;
  • Mengembara bersama pesakit COVID-19; atau
  • Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19.

4) ‘Person Under Surveillance (PUS)’ – Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.

5) ‘Case Suspect’ – Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.

6) ‘Confirmed Case’ – Individu yang telah diuji positif COVID-19.

LANGKAH-LANGKAH

Daftar Kod QR MySejahtera Check-In

1) Daftarkan premis anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

2) Masukkan nombor telefon bimbit dan tekan “Daftar”;

3) Anda akan menerima One Time Pin (OTP) melalui SMS;

4) Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar”;

5) Isikan butiran pendaftaran premis seperti yang tertera di laman web dan tekan butang “Hantar”. Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”; dan

6) Anda akan menerima Kod QR MySejahtera Premis untuk dimuat turun dan dicetak. Kod QR MySejahtera Check-In tersebut perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelawat.

Pertanyaan dan bantuan teknikal

Untuk sebarang bantuan dan pertanyaan, anda boleh menggunakan fungsi “MySejahtera Helpdesk” yang terdapat di dalam aplikasi MySejahtera, atau gunakan sahaja pautan Helpdesk ini.

Sumber: MySejahtera

Leave a Reply