Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Syarikat-syarikat yang ingin beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh memohon kebenaran untuk berbuat demikian melalui sistem CIMS 3.0 yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS 3.0 MITI ini walaubagaimanapun, adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan syarikat dan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang tegas sejajar dengan PKP 3.0 yang diperketatkan bermula 25 Mei 2021.
Apakah CIMS?
CIMS ialah ‘COVID-19 Intelligent Management System’ iaitu sebuah sistem pengisytiharan dan pendaftaran di antara majikan syarikat dengan MITI ketika pandemik COVID-19.
Ini membolehkan syarikat tersebut memperolehi surat kebenaran untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP dari MITI.
Sektor-sektor
Sektor-sektor yang mendapat kebenaran beroperasi mengikut kementerian dan jabatan masing-masing adalah seperti berikut:
Kapasiti
Sepanjang tempoh PKP 3.0, kapasiti kakitangan yang boleh bekerja adalah seperti berikut:
Pematuhan SOP di tempat bekerja ini adalah masih tetap terpakai dan wajib dipatuhi oleh semua kakitangan syarikat yang ingin beroperasi semasa PKP.
LANGKAH-LANGKAH
1) Log masuk ke CIMS 3.0 di https://notification.miti.gov.my/login
2) Klik “Borang Notifikasi”
3) Klik “Notifikasi Beroperasi”
4) Klik “Papar”
5) Klik “Cetak Surat”
1) Daftar untuk menggunakan CIMS 3.0 di https://notification.miti.gov.my/register
2) Selepas pendaftaran selesai , log masuk ke CIMS 3.0 di https://notification.miti.gov.my/login
3) Klik “Borang Notifikasi”
4) Klik “Notifikasi Beroperasi”
5) Klik “Daftar Notifikasi Baru”
6) Muat turun templat “Senarai Pekerja” dan isikan senarai tersebut.
7) Muat naik senarai yang telah lengkap dan tekan “Save”
8) Ikuti arahan seterusnya untuk memuat turun dan mencetak surat kebenaran beroperasi dari MITI.
LANGKAH-LANGKAH dalam bentuk VIDEO boleh ditonton di bawah:
Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan