Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Orang ramai kini boleh menyemak status permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 menggunakan saluran-saluran yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Selain itu, turut boleh disemak ialah status pembayaran untuk Fasa 1 dan Fasa 2 yang kini sedang berlangsung. Walaubagaimanapun, proses permohonan rayuan BPR 2021 hanya akan dimaklumkan kelak.

KEMASKINI:

  • Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat secara dalam talian mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan).
  • Perkhidmatan kaunter BPR LHDNM akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu mulai 15 Jun 2021. Anda boleh membuat permohonan janji temu secara dalam talian di Portal Rasmi BPR atau dengan mengunjungi pautan ini: e- Janji Temu.
  • Pembayaran untuk Fasa 3 juga kini sedang berlangsung. Sila rujuk Tarikh pembayaran di bawah:

Apakah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

Tarikh pendaftaran

15 Januari 2021 – 25 Februari 2021

Tarikh pembayaran

1) Fasa 1:

  • Ada akaun – Bayaran mulai 24 Februari 2021 secara berperingkat.
  • Tiada akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Februari 2021.
  • Tiada akaun (pedalaman) – 1 Mac – 1 April 2021. Lokasi akan dimaklumkan.

2) Fasa 2:

  • Ada akaun – Bayaran mulai 07 Mei 2021 secara berperingkat.
  • Tiada akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei 2021.
  • Tiada akaun (pedalaman) – Tarikh pembayaran dan lokasi akan dimaklumkan.

3) Fasa 3:

  • Ada akaun – Bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat.
  • Tiada akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 September 2021.
  • Tiada akaun (pedalaman) – Tarikh pembayaran dan lokasi akan dimaklumkan.

Penerima yang layak

1) Isi rumah

  • Berkahwin (ada atau tiada anak);
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak;
  • Bujang termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas.

2) Bujang

  • Bujang; atau
  • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak; serta
  • Had umur 21 tahun hingga 59 tahun atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Nilai bantuan

1) Isi rumah

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah:

  • Anak/tanggungan 1 atau tiada: RM1,200
  • Anak/tanggungan 2 atau lebih: RM1,800

Pendapatan kasar bulanan RM2,501 – RM4,000:

  • Anak/tanggungan 1 atau tiada: RM800
  • Anak/tanggungan 2 atau lebih: RM1,200

Pendapatan kasar bulanan RM4,001 – RM5,000:

  • Anak/tanggungan 1 atau tiada: RM500
  • Anak/tanggungan 2 atau lebih: RM750

2) Bujang

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah:

  • RM350 (one-off)

Syarat-syarat

1) Isi rumah

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
    • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Pasangan
    • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS);
    • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS).
  • Anak
    • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
    • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja; dan
    • Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta

2) Bujang

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
    • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Cara memohon

1) Permohonan secara dalam talian di https://bpr.hasil.gov.my

2) Hadir sendiri ke cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Keputusan permohonan

1) Semakan secara dalam talian di https://bpr.hasil.gov.my

2) Semakan menggunakan aplikasi ‘Bantuan Prihatin Rakyat 2021’ yang boleh dimuat turun dari Play Store (platform Android) dan App Store (platform iOS).

LANGKAH-LANGKAH

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

1) Layari Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my

2) Klik “Log Masuk”.

3) Masukkan Nombor MyKad.

4) Masukkan pengesahan Kata Kunci Keselamatan.

5) Masukkan kata laluan.

6) Klik “Menu” > “Semakan Status”.

7) Maklumat yang akan dipaparkan adalah:

  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan

  • Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
  • E-mel: [email protected]

Sumber: Bantuan Prihatin Rakyat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Leave a Reply