Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon i-Sinar KWSP

Ahli KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang layak kini boleh mengikuti langkah-langkah yang disenaraikan di bawah bagi memohon i-Sinar dan mengeluarkan wang dari Akaun 1 tanpa syarat atau kriteria khas.

Ini sejajar dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang mengulas tentang pemansuhan syarat permohonan i-Sinar atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apakah i-Sinar?

i-Sinar Online KWSP

 

i-Sinar merupakan kemudahan untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Syarat-syarat

Penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria membolehkan pengeluaran dari Akaun 1 dibuat tanpa syarat-syarat khusus. Namun, untuk memohon i-Sinar KWSP, kelayakan permohonan masih lagi perlu mengikut perincian berikut:

  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara).
  • Berumur di bawah 55 tahun.
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150.

Amaun kelayakan

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

1) Baki Simpanan Akaun 1 KWSP: RM100,000 dan ke bawah

  • Pengeluaran sehingga RM10,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki dalam Akaun 1 Amaun pengeluaran maksimum Pembayaran bulan pertama
RM4,500 RM4,400 RM4,400
RM10,000 RM9,900 RM5,000
RM70,000 RM10,000 RM5,000
RM100,000 RM10,000 RM5,000

2) Baki Simpanan Akaun 1 KWSP: Lebih dari RM100,000

  • Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki dalam Akaun 1 Amaun pengeluaran maksimum Pembayaran bulan pertama
RM100,001 RM10,000 RM10,000
RM500,000 RM50,000 RM10,000
RM800,000 RM60,000 RM10,000

Perkara penting

  • Bagi memudahkan lagi langkah-langkah memohon i-Sinar KWSP, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kiosk KWSP dan mengemaskini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  • Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah milik anda, masih aktif, bukan akaun bersama dan bukan juga akaun syarikat.

Tempoh

Permohonan boleh dibuat bermula dari 8 Mac 2021 hingga 30 Jun 2021.

LANGKAH-LANGKAH

Permohonan i-Sinar KWSP

1) Layari i-Sinar Online di https://isinar.kwsp.gov.my/ dan pilih “PERMOHONAN BAHARU”.

2) Isikan “Nombor MyKad/MyPR” dan “Nombor Telefon Bimbit”.

3) Tekan “TERUSKAN”.

4) Isikan “Nombor OTP” yang diterima melalui SMS dan tekan “SAHKAN OTP” atau jawab “Soalan Keselamatan” untuk pengesahan.

5) Tetapkan “Amaun Pilihan”.

6) Tetapkan “Bayaran Bulan Pertama” dan tekan “TERUSKAN”.

7) Lengkapkan “Maklumat Pemohon” yang wajib diisi.

8) Lengkapkan “Maklumat Pembayaran” dan tekan “TERUSKAN”.

9) Semak semua maklumat dan tandakan dengan tanda ‘Betul’ sebelum tekan “HANTAR”.

10) Permohonan anda diterima dan akan diproses.

Permohonan Baharu i-Sinar KWSP

Untuk menyemak status permohonan, layari i-Sinar Online di https://isinar.kwsp.gov.my/ dan pilih “SEMAK STATUS PERMOHONAN”. Isi maklumat yang diperlukan dan tekan “SEMAK STATUS”.

Semakan Status i-Sinar KWSP

Pertanyaan

Hotline i-Sinar: 03 – 8922 4848

Sumber: i-Sinar Online

Leave a Reply