Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan kempen ‘Click, Pay & Earn’ yang menawarkan ganjaran hebat dari Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY.
Kempen ‘Click, Pay & Earn’ anjuran PTPTN ini diadakan bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN dan penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara dalam talian.
Apakah Kempen ‘Click, Pay & Earn’?
Kempen ‘Click, Pay & Earn’ merupakan kempen kerjasama di antara PTPTN dengan beberapa rakan strategik seperti Shopee, KiplePay, BESTPay dan KelantanPAY.
Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN untuk membuat bayaran balik dan simpanan secara atas talian.
Menerusi kolaborasi ini, kemudahan saluran bayaran online ini adalah bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari dalam usaha mengurangkan rantaian COVID-19.
Tempoh
Tempoh kempen ini bermula pada 25 Mei 2021 sehingga 24 Jun 2021.
Dengan konsep “siapa cepat, dia dapat”, pengguna terawal yang menggunakan saluran ini berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan.
Kelayakan
Terbuka kepada pengguna aplikasi Shopee, KiplePay, BESTPay dan KelantanPAY yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN atau penambahan deposit SSPN dalam tempoh kempen (tertakluk kepada terma dan syarat penyertaan).
Melalui kempen ini, pelanggan yang menggunakan aplikasi Shopee, kiplePay, BESTPay dan KelantanPAY untuk membuat bayaran balik pinjaman atau penambahan deposit SSPN dalam tempoh promosi akan berpeluang menerima pemberian coins/cashback dan tunai seperti berikut:
Saluran | Jumlah Bayaran/Deposit | Jumlah Pemberian Ganjaran |
Shopee | Minimum RM100.00 | Cashback sebanyak 2,500 coins tertakluk kepada 30 bayaran balik pinjaman dan deposit SSPN pertama setiap hari dalam tempoh promosi. |
kiplePay | Minimum RM300.00 | Cashback sebanyak RM20 tertakluk kepada 500 bayaran balik pinjaman atau deposit SSPN terawal dalam tempoh promosi. |
BESTPay | Minimum RM100.00 | Wang tunai RM20 kepada 500 pelanggan terawal dan RM10 kepada 200 pelanggan berikutnya bagi bayaran balik pinjaman atau deposit SSPN terawal dalam tempoh promosi. |
KelantanPAY | Minimum RM100.00 | Wang tunai RM10 kepada 100 pelanggan terawal dan RM5 kepada 100 pelanggan berikutnya bagi bayaran balik pinjaman atau deposit SSPN terawal dalam tempoh promosi. |
LANGKAH-LANGKAH
Pengguna Shopee:
1) Hanya buat bayaran balik pinjaman atau simpanan minimum RM100 dalam satu (1) transaksi.
Ganjaran:
Pengguna KiplePay:
1) Hanya buat bayaran balik pinjaman atau simpanan minimum RM300 dalam satu (1) transaksi.
Ganjaran:
Pengguna BestPay:
1) Hanya buat bayaran balik pinjaman atau simpanan minimum RM100 dalam satu (1) transaksi.
Ganjaran:
Pengguna KelantanPAY:
1) Hanya buat bayaran balik pinjaman atau simpanan minimum RM100 dalam satu (1) transaksi.
Ganjaran:
Pertanyaan
Careline: 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat, 9 pagi– 5 petang)
Sumber: Portal Rasmi PTPTN