Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Mereka yang ingin membuat pembelian motosikal, baik pulih motosikal atau mendapatkan pembiayaan untuk modal pusingan, kini boleh memohon untuk Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan oleh TEKUN Nasional sebelum ini.

Apakah TEKUN Mobilepreneur 4.0?

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

TEKUN Mobilepreneur 4.0 ialah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal yang dibangunkan oleh TEKUN Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

TEKUN Nasional ialah sebuah institusi pembangunan usahawan yang berperanan menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan (micro credit) dengan mudah dan cepat.

Matlamat TEKUN Nasional ialah untuk mempertingkatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Program TEKUN Mobilepreneur 4.0 ini merupakan salah satu initiatif kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal.
  • Baik pulih motosikal.
  • Modal pusingan.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India)
  • Berumur 18-60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberikan keutamaan.

Nilai pembiayaan

Nilai pembiayaan adalah di antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut:

Bil. Tujuan permohonan Had pembiayaan
1 ·         Baik pulih motosikal

·         Pembelian motosikal

·         Modal pusingan

Sehingga RM10,000

Tempoh pembiayaan

  • Tempoh bayaran balik pembiayaan ialah dari 1 tahun sehingga 3 tahun.

Tempoh proses pembiayaan

  • 7 hari bekerja (tiada ejen/wakil yang dilantik untuk menguruskan permohonan).

Kadar keuntungan

  • Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02/JPP17).
  • Gambar pemohon ukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang.
  • Salinan lesen memandu B1/B2 yang sah.
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan membeli motosikal.
  • Salinan geran motosikal yang sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Surat sokongan syarikat e-hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-hailing.
  • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

LANGKAH-LANGKAH

1) Mereka yang ingin memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 bolehlah hadir sendiri ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan mengisi Borang Permohonan Pembiayaan.

  • Senarai lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui pautan berikut: Pejabat Cawangan TEKUN

Pertanyaan

Telefon: 03-9059 8888 (waktu pejabat sahaja)

E-mel: [email protected]

Sumber: TEKUN Nasional

Leave a Reply

Your email address will not be published.