Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Khas RM500 Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor

Bantuan khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada peniaga dan penjaja bazar Ramadan Selangor yang layak di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin.

Bantuan khas RM500 untuk peniaga bazar Ramadan ini merangkumi kawasan-kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Selangor baru-baru ini.

Apakah bantuan khas RM500 Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor?

Bantuan Khas RM500 Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor

YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 5 Mei 2021 telah mengumumkan bantuan khas RM500 akan diberikan kepada peniaga bazar Ramadan yang terlibat dengan PKP di seluruh negeri Selangor.

Langkah ini susulan dari tarikh penguatkuasaan PKP di 6 kawasan-kawasan yang terlibat mulai 6 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021 yang tidak membenarkan operasi bazar Ramadan.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Sehubungan dengan itu, bantuan ini diharapkan agar dapat meringankan sedikit beban kewangan peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja yang tidak dapat berniaga dalam tempoh itu.

Kelayakan

Peniaga Bazar Ramadan yang berlesen/ berdaftar sama ada di bawah Majlis atau di bawah Penganjur (berdaftar dengan Majlis) sahaja yang layak menerima bantuan.

Sembilan (9) kawasan Majlis/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat bagi bantuan ini adalah:

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  3. Majlis Bandaraya Subang Jaya
  4. Majlis Perbandaran Klang
  5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  6. Majlis Perbandaran Selayang
  7. Majlis Perbandaran Kajang
  8. Majlis Perbandaran Sepang
  9. Majlis Perbandaran Kuala Langat

Setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih dari satu (1) petak bazar atau lesen/ permit dari Majlis yang sama atau berbeza.

Tempoh

Permohonan boleh dibuat bermula dari 21 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021.

LANGKAH-LANGKAH

Permohonan Bantuan Khas RM500 Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Untuk Peniaga Bazar Ramadan Selangor

1) Layari laman web https://www.selangorprihatin.com/semak-kelayakan

2) Pilih ‘Bantuan Khas Bazar Ramadan 2021’ dan klik ‘MOHON SEKARANG’.

3) Isi nombor kad pengenalan dan klik ‘Seterusnya’. Sistem akan menolak secara automatik mana-mana nombor Kad Pengenalan yang telah digunakan sebagai permohonan lengkap.

4) Isi maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank yang masih aktif bagi tujuan penyaluran bantuan. Maklumat pemohon (pemilik lesen/permit) dan maklumat akaun bank hendaklah individu sama bagi memastikan bantuan disalurkan terus serta mengelakkan masalah teknikal.

5) Pastikan maklumat yang diberi adalah lengkap sebelum menghantar permohonan. Penyaluran bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja bazar Ramadan di Selangor ini hanya akan dilaksanakan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya maklumat yang diberi adalah lengkap.

Pertanyaan

Hotline SELCARE: 1-800-22-6600
E-mel: [email protected]

Leave a Reply