Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semakan status permohonan Bantuan Prihatin Rakyat tambahan (BPR tambahan) di bawah PEMERKASA Plus kini boleh dibuat dengan merujuk kepada portal Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
BPR tambahan di bawah PEMERKASA Plus ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Apakah PEMERKASA Plus?
Pada 31 Mei 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus) sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu golongan terjejas ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini.
Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama seperti berikut:
Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam;
Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat; dan
Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
Merujuk kepada langkah Kedua, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.
BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak iaitu sebanyak RM2.4 bilion.
Nilai bantuan BPR tambahan PEMERKASA Plus
1) Isi rumah
Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah:
Pendapatan kasar bulanan RM2,501 – RM5,000:
2) Bujang
Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah:
Tarikh pembayaran
• Ada akaun – Bayaran mulai 29 Jun 2021 secara berperingkat
• Tiada akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Jun 2021
• Tiada akaun (pedalaman) – Tarikh pembayaran dan lokasi akan dimaklumkan.
Syarat-syarat
1) Isi rumah
2) Bujang
Cara memohon
1) Permohonan secara dalam talian di https://bpr.hasil.gov.my
2) Hadir sendiri ke cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Keputusan permohonan
1) Semakan status BPR PEMERKASA Plus secara dalam talian di https://bpr.hasil.gov.my
2) Semakan menggunakan aplikasi ‘Bantuan Prihatin Rakyat 2021’ yang boleh dimuat turun dari Play Store (platform Android) dan App Store (platform iOS).
LANGKAH-LANGKAH
1) Layari Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my
2) Klik “Log Masuk”.
3) Masukkan Nombor MyKad.
4) Masukkan pengesahan Kata Kunci Keselamatan.
5) Masukkan kata laluan.
6) Klik “Menu” > “Semakan Status”.
7) Maklumat yang akan dipaparkan adalah:
Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan
Sumber: Bantuan Prihatin Rakyat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia