Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Permohonan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) Beserta Tambahan Nilainya Di Bawah PEMERKASA Plus

Semakan status permohonan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) beserta tambahan nilainya di bawah PEMERKASA Plus kini boleh dibuat dengan merujuk kepada portal Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) beserta tambahan nilainya di bawah PEMERKASA Plus ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Apakah PEMERKASA Plus?

Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) PEMERKASA Plus

Pada 31 Mei 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus) sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu golongan terjejas ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini.

Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama seperti berikut:

Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam;

Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat; dan

Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Merujuk kepada langkah Ketiga, salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan adalah melalui pemberian Geran Khas Prihatin atau GKP.

GKP 3.0 pula merupakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dan mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Melalui PEMERKASA Plus, nilai GKP akan ditambah sebanyak RM500 ringgit kepada RM1,500. Ini bermakna, hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Nilai bantuan GKP 3.0 dibawah PEMERKASA Plus

RM1,000 dan tambahan RM500 menjadikan jumlah keseluruhan RM1,500.

Syarat-syarat

1) Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

2) Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan

3) Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan

4) Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara memohon

Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

Tarikh permohonan

Permohonan baharu GKP 3.0 adalah selama 15 hari dan telahpun ditutup (bermula dari 1 April sehingga 15 April 2021 sahaja).

Tarikh pembayaran

Pembayaran GKP 3.0 akan dilakukan pada pertengahan Jun 2021 sebanyak RM1,000 dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Keputusan permohonan

Semakan secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my

LANGKAH-LANGKAH

Status Permohonan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) Beserta Tambahan Nilainya Di Bawah PEMERKASA Plus

1) Layari Portal Rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my

2) Pilih ‘Semakan Status’.

3) Masukkan Nombor MyKad.

4) Isi ‘Captcha’ dan tekan butang ‘Semak’.

5) Maklumat yang akan dipaparkan adalah:

  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai semakan status permohonan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) beserta tambahan nilainya di bawah PEMERKASA Plus bolehlah diajukan ke:

  • HasilCare Line: 03-8911 1000
  • HasilCare Line (Luar Negara): 603-8911 1100

Sumber: Geran Khas Prihatin, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Leave a Reply