Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Moratorium Secara Automatik (3 Bulan) Atau Mengurangkan Bayaran Balik Secara Ansuran Sebanyak 50% (6 Bulan) Di Bawah PEMERKASA Plus

Mereka yang layak diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan dengan bank masing-masing di bawah PEMERKASA Plus.

Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan dan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan di bawah PEMERKASA Plus ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Memohon Moratorium Automatik Atau Mengurangkan Bayaran Balik Ansuran PEMERKASA Plus

Apakah PEMERKASA Plus?

Pada 31 Mei 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus) sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu golongan terjejas ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini.

Langkah baharu PEMERKASA Plus akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama seperti berikut:

Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam;

Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat; dan

Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan.

Merujuk kepada langkah Kedua, salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan adalah melalui hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan yang akan terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

Oleh itu, semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

Inisiatif ini dilaksanakan pada bulan Jun 2021 yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.

Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.

Nilai bantuan

Pilihan untuk:

1) Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan; ATAU

2) Pengurangan bayaran balik pinjaman secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

Syarat-syarat

  • Individu
Kategori Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
1. Kehilangan pekerjaan (B40, M40, dan T20) i) Moratorium selama tiga bulan;
ATAU
ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
2. B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
3. Pengurangan pendapatan (semua peminjam)
– Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah
Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang
  • Perniagaan
Kategori Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
1. Perusahaan Mikro
(seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp, untuk kemudahan dengan jumlah yang diluluskan hingga RM150,000)
Moratorium selama 3 bulan;
ATAU
Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
2. PKS termasuk perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (locked-down sectors)

LANGKAH-LANGKAH

1) Untuk memohon moratorium secara automatik (3 bulan) atau mengurangkan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% (6 bulan) di bawah PEMERKASA Plus, anda hanya perlu klik pautan ke laman web* institusi perbankan atau institusi kewangan pembangunan masing-masing yang berkenaan:

*Mulai 1 Jun 2021, setiap laman web dikemaskini dari semasa ke semasa. Butiran mengenai program bantuan bayaran balik pinjaman juga berbeza-beza bagi setiap bank. Pastikan anda mengikuti LANGKAH-LANGKAH yang disenaraikan dengan betul.

Institusi perbankan:

Institusi kewangan pembangunan:

Pertanyaan Dan Bantuan Moratorium PEMERKASA Plus

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan moratorium secara automatik (3 bulan) atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% (6 Bulan) di bawah PEMERKASA Plus ini boleh diajukan kepada bank masing-masing, Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di:

Laman web BNM: https://bnm.my/RAsurvey

Telefon BNM: 1-300-88-5465

Laman web AKPK: https://services.akpk.org.my/

Telefon AKPK: 03-2616 7766

 

Sumber: Bank Negara Malaysia

Leave a Reply