Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
JomPAY merupakan salah satu dari saluran untuk membuat pembayaran dan deposit yang disediakan untuk pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Hanya dengan mengikuti langkah-langkah mudah menggunakan JomPAY di bawah, pembayaran dan deposit PTPTN dapat dilakukan dengan lebih senang dan pantas.
Apakah JomPAY?
JomPAY adalah skim pembayaran bil nasional Malaysia yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), di bawah naungan Bank Negara Malaysia yang turut disertai oleh sejumlah besar rangkaian bank-bank serta syarikat-syarikat pembilan.
JomPAY mewujudkan ekosistem pembayaran bil yang dapat diakses oleh pengguna, bank dan syarikat pembilan, di mana pelanggan-pelanggan lebih 40 bank di Malaysia dapat membayar bil di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Untuk perniagaan dan syarikat-syarikat pembilan, menggunakan JomPAY untuk mengumpulkan pembayaran dari pelanggan adalah lebih menjimatkan masa dan wang, meningkatkan aliran tunai dan memudahkan penyusunan untuk proses pembayaran seterusnya.
Kini, JomPAY turut boleh digunakan untuk membuat pembayaran dan deposit PTPTN.
Syarat-syarat pembayaran balik pinjaman PTPTN
Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.
Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman:
Pembayaran dan deposit PTPTN kini lebih mudah dengan menggunakan JomPAY.
LANGKAH-LANGKAH
Maklumat lanjut dan pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembayaran dan deposit PTPTN menggunakan JomPAY, hubungi:
PTPTN Careline: 03 – 2193 3000
PTPTN e-Aduan: https://eaduan.ptptn.gov.my/app/login
Sumber: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)