Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Semak Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan cara untuk semak keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020.

Cara untuk semak keputusan SPM 2020 boleh dibuat pada 10 Jun 2021 (Khamis) dan STAM 2020 pada 17 Jun 2021 (Khamis) mulai pukul 10.00 pagi.

KEMASKINI: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga kini boleh disemak mulai 1 Julai 2021 (Khamis).

Peperiksaan SPM 2020

Dalam satu kenyataan media, KPM telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 bermula 10 pagi.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin terlebih dahulu telah memaklumkan tarikh tersebut.

Seramai 401,105 calon sekolah telah menduduki SPM 2020 bermula 22 Februari 2021 yang lalu.

SPM 2020 turut melakar sejarah tersendiri apabila ia diadakan dalam keadaan norma baharu, berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Sesi kelas pelajar Tingkatan Lima SPM 2020 juga merupakan sesi kelas tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.

Namun, pembelajaran bersemukanya pula adalah yang paling singkat, iaitu sekitar empat bulan, ekoran penularan pandemik COVID-19.

Ini memaksa sesi pembelajaran beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Zoom, Google Meet, Google Classroom dan Skype.

Ibu bapa pelajar juga dilihat amat cenderung dalam proses pembelajaran di alam maya ini dengan menyediakan peranti dan capaian internet yang bersesuaian untuk anak-anak mereka.

Keputusan SPM 2020

Cara untuk semak keputusan SPM 2020 boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana sahaja.

Slip keputusan SPM 2020 walaubagaimanapun, hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan, kata Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Menurutnya Datuk Pkharuddin lagi, semua sekolah akan memuat turun dan mencetak slip keputusan SPM 2020 pelajar mereka sebelum jam 10 pagi pada 10 Jun depan menerusi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT).

Tidak seperti sebelum ini, pelajar biasanya mengambil slip itu di sekolah dengan ditemani ibu bapa masing-masing dan bergambar sambil memegang slip,” tambah beliau.

LANGKAH-LANGKAH

Calon sekolah dan calon persendirian boleh mula semak keputusan SPM dan STAM 2020 menggunakan kaedah-kaedah berikut:

Semak Keputusan SPM 2020

1) Secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau

2) Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM atau STAM 2020 dengan menaip SPM atau STAM<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886.

Keputusan SPM 2020 Atas Talian

Untuk calon STPM 2020, keputusan boleh disemak melalui kaedah berikut:

1) Sila gunakan pautan: stpm.mpm.edu.my/stpmK. Sijil hanya akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan September 2021.

  • Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.
  • Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

0

1) Bagi SPM 2020, perkhidmatan dalam talian dan SMS ini disediakan sehingga 17 Jun 2021 sahaja. Slip Keputusan Penuh SPM 2020 yang lengkap dengan logo Lembaga Peperiksaan dan kod QR boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 melalui laman web https://myresult3.moe.gov.my/

2) Bagi STAM 2020 pula, perkhidmatan dalam talian dan SMS ini disediakan sehingga 23 Jun 2021 sahaja. Slip/sijil keputusan akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah.

3) Untuk permohonan rayuan semakan semula keputusan SPM 2020, layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/

4) Untuk permohonan rayuan semakan semula keputusan STAM 2020, layari laman web Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/

Tonton ringkasan cara untuk semak keputusan peperiksaan SPM 2020 dalam video di bawah:

Sumber:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Berita Harian

Leave a Reply