Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Semak Surat Pengesahan Daripada Kementerian/Agensi Yang Diterima Pakai Oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Di Sekatan Jalan Raya (SJR) Mulai 8 Jun 2021

Orang ramai dinasihatkan untuk semak surat pengesahan daripada kementerian atau agensi yang diterima pakai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekatan jalan raya (SJR) mulai 8 Jun ini.

Dalam satu kenyataan media dari Ketua Polis Negara pada 6 Jun, langkah ini bagi memastikan hanya surat pengesahan yang sah dan dibenarkan sahaja boleh digunakan semasa total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini.

Surat pengesahan yang diterima pakai pihak polis semasa SJR ini diperlukan sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi.

MUAT TURUN: SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 (tarikh akhir kemaskini pada 2 Jun 2021)

Tarikh penguatkuasaan

Langkah ini berkuatkuasa mulai 8 Jun 2021 dan surat pengesahan yang diterima pihak polis semasa SJR ini hendaklah bertarikh mulai 1 Jun 2021.

Mereka yang mengemukakan surat yang telah tamat tempoh (sebelum 1 Jun), akan diarahkan berpatah balik.

Mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau surat pengesahan didapati palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Surat pengesahan yang dibenarkan

Secara umumnya, hanya 7 kementerian dan 3 agensi sahaja yang mengeluarkan surat pengesahan yang boleh diterima pakai pihak polis semasa SJR buat masa ini.

7 kementerian dan 3 agensi tersebut ialah:

1) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan;

2) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan;

3) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian/perikanan/penternakan/perladangan dan komoditi. MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil. Bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI melalui CIMS 3.0;

BACA: Langkah-Langkah Untuk Memohon Kebenaran Syarikat Beroperasi Semasa PKP Melalui Sistem CIMS 3.0 MITI

4) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit/getah atau sebagainya. Bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM), boleh menggunakan surat MPIC atau LGM. Bagi pengilang pembuatan produk getah, surat pengesahan dikeluarkan oleh MITI melalui CIMS 3.0;

5) Bank Negara Malaysia (BNM) bagi sektor institusi kewangan/insurans;

6) Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang berkaitan sektor urusniaga saham;

7) Pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil/penjaja gerai makanan/food truck. Pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI melalui CIMS 3.0;

8) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran;

9) Kementerian Dalam Negeri (KDN), semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan; DAN

10) PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

BACA: Langkah-Langkah Untuk Mohon Permit Pergerakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dan Muat Turun Borang Kebenaran Merentas Daerah Atau Negeri

Maklumat tambahan

Untuk maklumat lanjut mengenai surat pengesahan yang diterima pihak polis semasa SJR ini, sila rujuk kenyataan media dari Ketua Polis Negara berikut:

Cara Semak Surat Pengesahan PDRM di SJR mulai 8 Jun 2021

Kenyataan Media PDRM

Surat Pengesahan SJR

PDRM SJR

Sumber: Facebook PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published.