Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang ramai yang layak kini boleh memohon permit pergerakan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan muat turun borang kebenaran untuk merentas daerah dan negeri.
Mereka yang berkelayakan di bawah peraturan rentas sempadan ini termasuklah untuk kes-kes tertentu seperti ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri.
Permit serta surat pengesahan yang sah sahaja dibenarkan melepasi sekatan jalan raya (SJR) semasa total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini yang bermula dari 1 Jun dan dilanjutkan ke 28 Jun 2021.
Permit serta borang untuk merentas daerah dan negeri ini wajib dikemukakan oleh orang ramai ketika pemeriksaan oleh pihak polis semasa SJR.
Mulai 1 Jun 2021 (mulai 12.01 pagi) sehingga 28 Jun 2021 (11.59 malam), pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM adalah TIDAK DIBENARKAN.
PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM dan APM RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
Arahan tetap ini adalah mengikut Peraturan 16 P. U. (A) 243/2021, Akta 342 dan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021.
Orang ramai yang ingin memohon permit pergerakan dari pihak polis menggunakan borang kebenaran untuk merentas daerah dan negeri perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
1) Muat turun, isi dan cetak dua (2) salinan Borang Permit Pergerakan berikut:
(untuk muat turun, klik pautan ini: Borang Permit Pergerakan PKP)
(untuk muat turun, klik pautan ini: Borang Permit Pergerakan PKPB)
Jika tiada akses internet atau kemudahan cetak, dapatkan borang tersebut di mana-mana balai polis berhampiran.
2) Hadir sendiri ke balai polis berhampiran bersama borang yang telah diisi untuk mendapatkan kebenaran polis di kaunter pertanyaan. Dokumen sokongan mungkin diperlukan bagi tujuan mendapatkan kelulusan.
3) Satu (1) salinan yang telah ditandatangani dan dicop oleh pegawai polis di kaunter pertanyaan tersebut akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mendapat kelulusan.
4) Borang permit yang telah ditandatangani dan dicop tadi, hendaklah dibawa bersama sepanjang pergerakan dan ditunjukkan kepada petugas sekiranya diminta semasa pemeriksaan polis di SJR.
Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah memohon permit pergerakan polis dan hal-hal berkaitan muat turun borang kebenaran merentas daerah atau negeri, sila hubungi:
Hotline PDRM: 03-2266 3333, 03-2031 9999
E-mel PDRM: [email protected]
Sumber: Facebook PDRM