Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Kemaskini Borang Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021/2022 Bagi Lepasan SPM 2020

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang sudah memperolehi keputusan peperiksaan rasmi, boleh membuat kemaskini permohonan UPU Online bagi sesi akademik 2021/2022 dalam masa terdekat.

Menurut UPU Online, permohonan boleh dikemaskini oleh para lepasan SPM, 5 hari selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Keputusan SPM 2020

KPM telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 bermula 10 pagi.

BACA: Cara Untuk Semak Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020

Calon sekolah dan calon persendirian boleh mula menyemak keputusan SPM 2020 masing-masing menggunakan kaedah atas talian ataupun melalui SMS.

Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021/2022 Bagi Lepasan SPM 2020

Permohonan UPU Online Sesi Akademik 20212022 Bagi Lepasan SPM 2020

Permohonan UPU Online lepasan SPM 2020 bagi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam dan institut latihan kemahiran awam sesi akademik 2021/2022 telahpun ditutup pada 7 April 2021 (Rabu) jam 5 petang.

Ini bermakna, Fasa Permohonan telah berakhir dan Fasa Pengemaskinian akan bermula 5 hari selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan iaitu mulai 15 Jun 2021.

Permohonan UPU Online Sesi Akademik 20212022 ditutup

Fasa-fasa dan *tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM bagi sesi akademik 2021/2022 secara ringkasnya ialah:

  • FASA PERMOHONAN: 04 Januari 2021 – 7 April 2021
  • PROSES TEMU DUGA/UJIAN: April 2021 – Jun 2021
  • FASA PENGEMASKINIAN: 5 HARI selepas keputusan SPM diumumkan (15 Jun 2021)
  • TARIKH HEBAHAN: 16 Julai 2021 – 25 Julai 2021

*Tertakluk kepada pindaan.

Fasa Pengemaskinian Permohonan UPU Online

Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai Fasa Permohonan dan Fasa Pengemaskinian, sila rujuk infografik di bawah:

Definisi Fasa Pengemaskinian

Perbezaan Fasa Pemohonan & Fasa Pengemaskinian

BACA: Langkah-Langkah Untuk Membuat Penebusan Kredit e-Wallet RM150 Di Bawah Program eBelia PEMERKASA

LANGKAH-LANGKAH

Fasa Pengemaskinian hanya bermula 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan iaitu pada hari Selasa bersamaan dengan 15 Jun 2021.

Untuk mengemaskini borang permohonan UPU Online sesi akademik 2021/2022, semua lepasan SPM 2020 boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

 

UPU Online

1) Layari UPU Online di https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan klik “LOG MASUK”.

3) Ikut arahan seterusnya untuk membuat proses pengemaskinian.

4) Masukkan keputusan rasmi SPM dan lain-lain maklumat serta dokumen sokongan.

5) Sahkan dan hantar.

TERKINI:

  • Semakan hebahan keputusan boleh dibuat melalui laman web https://upu.mohe.gov.my bermula 16 Julai 2021 (12:00 tengah hari) sehingga 25 Julai 2021 (5:00 petang).
  • Tempoh setuju terima tawaran boleh dibuat bermula 17 Julai 2021 sehingga 26 Julai 2021.

MUAT TURUN: Soalan lazim (FAQ) berkaitan permohonan UPU Online

Maklumat lanjut

Sebarang aduan, pertanyaan dan maklumat boleh dibuat menerusi:

Pertanyaan dan aduan

1) UPUChat: http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk

2) Sistem Maklum Balas: http://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

3) E-mel rasmi UPU: [email protected]

4) Aplikasi UPUPocket: Muat turun dari Google Play Store atau Apple App Store

UPUPocket

Sumber: Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi

Leave a Reply