Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Memperbaharui Lesen Memandu Dan Cukai Jalan JPJ Menggunakan Portal mySIKAP

Orang ramai kini boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan lebih mudah menggunakan portal mySIKAP yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain dari memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, JPJ juga menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk orang ramai melalui mySIKAP.

Apakah mySIKAP?

mySIKAP merupakan platform digital yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk berurusan dan menjalankan transaksi dalam talian dengan JPJ.

Portal mySIKAP ini dibangunkan untuk memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan pelbagai urusan lagi tanpa perlu hadir mengunjungi cawangan JPJ.

Memperbaharui Lesen Memandu Dan Cukai Jalan JPJ Menggunakan Portal mySIKAP

Jenis transaksi

1) Kenderaan – Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.

2) Lesen memandu – Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing/tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.

3) Kesalahan dan penalti – Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.

4) Pengurusan profil – Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.

5) Perkhidmatan lain – Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan Puspakom.

Syarat pendaftaran

Pendaftaran peribadi atau persendirian bagi kategori pengguna awam adalah seperti berikut:

1) Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah; atau

2) Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau

3) Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP; atau

4) Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan

5) Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ (contoh transaksi: mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dan sebagainya).

LANGKAH-LANGKAH

Log Masuk Portal mySIKAP

  • Daftar masuk kali pertama

1) Layari portal mySIKAP di https://public.jpj.gov.my/

2) Pilih “Daftar/Log Masuk Kali Pertama (MyKad)” dan tekan “Log Masuk”.

3) Lengkap semua butiran yang wajib diisi dan tekan “Teruskan”.

4) Selepas menerima notifikasi pengesahan, semak e-mel yang telah didaftarkan untuk menerima ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara (sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja).

5) Log masuk mySIKAP, sahkan Kata Laluan Baharu dan Soalan Sekuriti untuk melengkapkan pendaftaran.

Daftar Portal mySIKAP

  • Perbaharui Lesen Memandu

1) Layari portal mySIKAP di https://public.jpj.gov.my/

2) Pilih menu “Lesen Memandu”.

3) Pilih “Pembaharuan Lesen Memandu”.

4) Isikan maklumat pembaharuan lesen memandu.

5) Buat bayaran.

6) Semak dan buat pengesahan.

  • Perbaharui Cukai Jalan

1) Layari portal mySIKAP di https://public.jpj.gov.my/

2) Pilih menu “Kenderaan”.

3) Pilih “Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor”.

4) Isikan maklumat pembaharuan cukai jalan.

5) Buat bayaran.

6) Semak dan buat pengesahan.

Pertanyaan

Talian Pertanyaan Umum JPJ: 03-8000 8000

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.