Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berminat dan memenuhi syarat dipelawa untuk memohon penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2021.
JKPJ tajaan JPA ini terbuka untuk semua pelajar lepasan SPM 2020.
Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2020 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
(iv) Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
(v) Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat pertama kali; dan
(vi) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Bidang/Negara Pengajian/Kolej Persediaan | Syarat/Gred Minimum |
(1) Kejuruteraan
· Jepun · INTEC Education College · Kod Program: JKPJ 001 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah. |
(2) Kejuruteraan
· Korea · INTEC Education College · Kod Program: JKPJ 002 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah. |
(3) Sains dan Teknologi
· Korea · INTEC Education College · Kod Program: JKPJ 003 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah. |
(4) Kejuruteraan
· Perancis · INTEC Education College · Kod Program: JKPJ 004 · |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah. |
(5) Sains Sosial
· Perancis · Uni-MFI · Kod Program: JKPJ 005 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; dan d) Dua (2) mata pelajaran yang lain.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah. |
(6) Kejuruteraan
· Jerman · INTEC Education College/Sunway College · Kod Program: JKPJ 006 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah. |
(7) Sains dan Teknologi
· Jerman · INTEC Education College · Kod Program: JKPJ 007 |
Mendapat sekurang-kurangnya gred A
(kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; dan e) Kimia.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan b) Sejarah. |
Student Assessment Centre (SAC) merupakan kaedah pemilihan pelajar bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Penilaian SAC ini adalah untuk melihat keadaan fizikal, penampilan, kesesuaian, kerjasama, ketahanan, kematangan, daya kreativiti, komunikasi, kepimpinan dan minat calon dalam bidang pengajian dan Perkhidmatan Awam.
SAC dijadualkan pada 5 hingga 9 Julai 2021 secara dalam talian. Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC mulai 1 Julai 2021 secara dalam talian iaitu https://esilav2.jpa.gov.my/. Pusat SAC yang perlu dihadiri adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam surat panggilan.
Dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri SAC adalah:
(a) Kad Pengenalan Calon.
(b) Sijil Kelahiran Calon.
(c) Surat Panggilan SAC.
(d) Penyata Saraan Tahunan iaitu Penyata EA bagi pekerja swasta atau Penyata EC bagi pekerja agensi kerajaan (jika ada).
(e) Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Ibu atau / dan Bapa atau / dan Penjaga (beserta Borang Akuan Lampiran 7).
(a) Kad Pengenalan Calon, Ibu dan Bapa.
(b) Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa.
(c) Penyata Bayaran Pencen / Slip Gaji Ibu dan / atau Bapa dan / atau Penjaga.
(d) Sijil Warganegara ibu dan / atau bapa dan / atau penjaga (sekiranya berkaitan).
Aktiviti | Tarikh/Hari |
Permohonan dibuka | 10 Jun 2021 (Khamis) |
Permohonan ditutup | 23 Jun 2021 (Rabu) |
Semakan Panggilan SAC | 1 Julai 2021 (Khamis) |
Tempoh SAC | 5 – 9 Julai 2021 |
Jangkaan Keputusan | 30 Julai 2021 (Jumaat) |
1) Layari laman rasmi Pembangunan Modal Insan JPA di https://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php
2) Pilih “Permohonan Atas Talian”.
3) Pilih “PERMOHONAN PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2021”.
4) Seterusnya tekan “Sila klik di sini untuk memohon”.
5) Ikuti arahan yang diberi untuk mendaftar.
6) Layari laman ePermohonan JPA di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ
7) Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang diperolehi melalui ‘Langkah 5)’ di atas.
8) Ikuti panduan yang diberi untuk memohon.
9) Sahkan dan hantar.
Selamat berjaya!
Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/ pada 30 Julai 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.
Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan Program Khas JKPJ tajaan JPA tahun 2021 untuk lepasan SPM 2020 akan diadakan sepanjang tempoh permohonan:
Tarikh: 11 sehingga 23 Jun 2021 (kecuali Sabtu, Ahad & cuti umum)
Masa: 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)
Pautan ‘google meet’: https://meet.google.com/axz-ojpu-fwe
Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke [email protected]
(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 sehingga 23 Jun 2021).