Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Proses discharge atau kebenaran keluar ibu bersalin bersama dengan bayi yang baru dilahirkan dari hospital adalah berbeza-beza mengikut tempat.
Namun, dari segi prinsip dan prosedur umum, cara-cara untuk memproses kebenaran keluar ibu bersalin bersama bayi yang baru dilahirkan dari hospital adalah sama sahaja.
Ikuti nasihat dan langkah-langkah yang dikongsi bersama dari Facebook Dr. Muhammad Izzat sebagai panduan umum untuk semua.
1) Postnatal Round – Doktor dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G/Sakit Puan) biasanya akan memeriksa keadaan ibu dan doktor dari Jabatan Pediatrik/Kanak-Kanak akan memeriksa keadaan bayi yang baru dilahirkan. Terdapat juga situasi di mana hanya seorang doktor sahaja yang akan membuat pemeriksaan untuk kedua-dua ibu dan bayi.
Doktor yang bertugas berikut akan memberi panduan mengenai ubat yang boleh dimakan semula oleh ibu sebelum mengandung, penyusuan, kaedah merancang keluarga, darah nifas dan pemeriksaan abdomen untuk melihat penguncupan rahim yang berlaku atau tidak.
Bayi pula akan diperiksa secara fizikal dari segi luaran sama ada bayi tersebut telah membuang air kecil atau tidak. Jika keadaan fizikal bayi tersebut dalam tempoh 24 jam nampak kekuningan, doktor Pediatrik akan dirujuk.
2) Doktor O&G juga akan membuat sendiri pemeriksaan luka episiotomy dan swabbing. Terdapat juga keadaan di mana jururawat ditugaskan untuk melakukan proses ini.
3) Suntikan vaksin BCG (Bacille Calmette-Guérin) untuk tuberculosis (TB) seterusnya akan diberikan kepada bayi oleh Jururawat Masyarakat (memakai reben ungu) atau Jururawat Terlatih (memakai reben biru) di hospital-hospital kerajaan. Jika di hospital swasta, jururawatnya tidak diklasifikasikan mengikut warna reben.
4) Senarai ubat-ubatan akan diberikan oleh jururawat untuk Jabatan Farmasi. Biasanya, senarai ini sudah disiapkan semasa Postnatal Round (Langkah 1 di atas). Sekiranya ada ubat yang memerlukan tunjuk ajar, contohnya inhaler, suntikan insulin atau suntikan untuk mencairkan darah, kakitangan farmasi yang bertugas akan menunjukkan cara-caranya kepada si ibu.
5) Seterusnya, dokumen-dokumen berikut akan diberikan oleh jururawat yang bertugas kepada ibu:
6) Sebelum si ibu dan bayi keluar dari hospital, mereka perlu melalui 3 lapisan pemeriksaan keselamatan ketat di pusat-pusat checkpoint berikut:
Jururawat bertugas akan memeriksa nama ibu, MyKad dan nama bayi (mengikut tag pada kaki). Seorang lagi jururawat akan memerhati sebagai saksi untuk mengurangkan risiko berlakunya kesilapan manusia. Lampin bayi juga akan dibuka untuk betul-betul memastikan jantinanya. Selepas kedua-dua belah pihak berpuas hati, barulah si ibu dan bayi tadi dilepaskan ke checkpoint seterusnya.
Pengawal keselamatan terlatih ditugaskan untuk menyelak kain dan memeriksa tag pada kaki bayi, tag dan MyKad ibu serta dokumen-dokumen berkaitan sebelum mereka dilepaskan untuk menaiki lif ke checkpoint seterusnya.
Di sini, pengawal keselamatan sekali lagi akan memeriksa myKad dan tag ibu serta bayi. Kedua-dua tag ini seterusnya akan dipotong. Borang Pemeriksaan Pengawal Keselamatan juga akan diserahkan di sini. Sekiranya perlu, pengawal keselamatan akan membuat panggilan ke Kaunter Jururawat atau turut membuka lampin bayi untuk membuat pengesahan kali kedua. Setelah benar-benar berpuas hati, barulah ibu dan bayi tadi akan dilepaskan untuk pulang.
Langkah-langkah untuk memproses kebenaran keluar ibu bersalin bersama bayi yang baru dilahirkan dari hospital ini seringkali turut disertai juga oleh seorang atendan/Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) atau jururawat bertugas.
Ini bagi mengurangkan risiko berlakunya kesilapan atau kes penculikan di hospital. Di samping itu juga, mereka turut boleh sama-sama membantu si ibu dalam melancarkan lagi proses kebenaran keluar.
Tambahan pula, pada masa ini, hanya ibu sahaja yang dibenarkan untuk memegang bayi semasa proses membawa keluar bayi dari hospital. Suami atau bapa bayi sendiri pun turut tidak dibenarkan.
Kredit: Facebook Dr. Muhammad Izzat