Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Permohonan bagi menerima Bantuan Zakat Kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 3.0 telah dibuka kepada orang ramai yang layak.
Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 ini ditawarkan buat golongan B40 di Wilayah Persekutuan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bantuan khas ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.
1) Golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
2) Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
3) BUKAN merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
4) BUKAN merupakan penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0 (penerima akan disalurkan bantuan ini secara automatik).
RM500 secara one-off
Dibuka mulai 15 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021
1) Layari https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/semakan_penerima/ untuk menyemak sama ada anda pernah disenaraikan sebelum ini sebagai penerima dan tidak perlu lagi membuat pendaftaran baru.
2) Untuk membuat pendaftaran atas talian sebagai penerima baru, layari https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/app_Login/
3) Klik “Pengguna Baru”.
4) Isikan Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan, Nama Penuh dan E-mel.
5) Isi dan sahkan maklumat berikut: WARGANEGARA MALAYSIA, BERAGAMA ISLAM, MENETAP DI WILAYAH PERSEKUTUAN dan BUKAN PENERIMA BANTUAN KEW. BULANAN MAIWP dengan menggunakan ‘tanda betul’ di dalam kotak masing-masing.
6) Klik butang “+DAFTAR”.
7) Kembali ke https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/app_Login/ untuk LOG MASUK.
8) Isikan Nombor Kad Pengenalan (tanpa simbol -) dan Kata Laluan.
9) Klik butang “Sign In”.
10) Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
11) Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
12) Pilih ‘Hantar Bantuan Permohonan’ dan klik butang “Hantar Permohonan”.
@maiwphq Bantuan Kecemasan COVID19 RM500..Hari ini 15 Jun boleh mula mohon..#MAIWP #zakat #foryoupage
♬ original sound – MAIW[email protected] – [email protected]
Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 ini, sila hubungi:
2) Hotline:
Sumber: Laman Web Rasmi MAIWP