Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendapatkan Tawaran Diskaun 50% Dalam Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian PDRM Mulai 18 Jun 2021

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50%.

Tawaran diskaun sehingga 50% bagi kompaun saman trafik ini adalah bersempena Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian oleh PDRM.

Apakah Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian?

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM melalui satu kenyataan media bertarikh 17 Jun 2021 telah mengumumkan bahawa PDRM akan memberikan pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50%.

Tawaran Diskaun 50% Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian PDRM

Tempoh

Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian PDRM ini berlangsung selama satu (1) bulan mulai 18 Jun 2021 sehingga 18 Julai 2021.

Baca juga: Cara-Cara Semak Surat Pengesahan Daripada Kementerian/Agensi Yang Diterima Pakai Oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Di Sekatan Jalan Raya (SJR) Mulai 8 Jun 2021

Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian PDRM

Syarat-syarat

1) Tawaran diskaun sehingga 50% ini adalah untuk semua saman trafik terpilih individu dan syarikat yang boleh dikompaun TERMASUK saman-saman dalam kategori SENARAI HITAM.

2) Tawaran pengurangan kompaun saman ini walau bagaimanapun TIDAK TERMASUK saman-saman berikut:

• Kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021:
– tidak patuhi lampu isyarat merah;
– berhenti di lorong kecemasan;
– memotong secara merbahaya atau potong ‘queue’;
– memotong di garisan berkembar; dan
– terlibat dalam kemalangan.
• Kes saman dalam sebutan mahkamah.
• Kesalahan yang dilakukan menggunakan kenderaan berat.
• Kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.
• Kesalahan tidak boleh kompaun (Non Compound).

3) Pengurangan kompaun saman dengan diskaun sehingga 50% ini hanya ditawarkan kepada orang ramai yang membuat pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman sahaja.

NOTA: Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan DITUTUP bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Permit Pergerakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dan Muat Turun Borang Kebenaran Merentas Daerah/Negeri

LANGKAH-LANGKAH

Portal MyBayar Saman

Pembayaran melalui portal MyBayar Saman

(1) Layari portal MyBayar Saman di https://mybayar.rmp.gov.my/

(2) Klik “DAFTAR” sekiranya anda belum pernah mendaftar ATAU terus ke Langkah (5) jika sebaliknya.

(3) Isi ‘Maklumat Pengguna’ dengan lengkap dan klik “SETERUSNYA”.

(4) Pendaftaran anda berjaya selepas anda menerima ‘Pengesahan OTP’ melalui telefon bimbit.

Pendaftaran MyBayar Saman

(5) Masukkan ‘No. MyKad/No. Pendaftaran Syarikat’ DAN ‘Kata Laluan’ seterusnya klik “LOG MASUK”.

(6) Semak saman yang ingin dibayar dan klik “BAYAR” di Butiran Saman.

(7) Pilih ‘Mod Pembayaran’ dan klik “BAYAR” untuk menyelesaikan pembayaran saman anda.

Pembayaran melalui aplikasi MyBayar Saman

5 Aplikasi MyBayar Saman

(1) Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play, Huawei AppGallery ATAU Apple App Store.

(2) Klik “DAFTAR” sekiranya anda belum pernah mendaftar ATAU terus ke Langkah (5) jika sebaliknya.

(3) Isi ‘Maklumat Pengguna’ dengan lengkap dan klik “SETERUSNYA”.

(4) Pendaftaran anda berjaya selepas anda menerima ‘Pengesahan OTP’ melalui telefon bimbit.

(5) Pilih ‘Semakan Saman’ untuk memaparkan butiran saman.

(6) Pilih ‘Bayaran Saman’ untuk memilih saman yang ingin dibayar.

(7) Pilih ‘Mod Pembayaran’ dan klik “BAYAR” untuk menyelesaikan pembayaran saman anda.

Pertanyaan lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai tawaran diskaun sehingga 50% bagi kompaun saman trafik PDRM ini boleh dihantar ke:

E-mel: [email protected]

Pusat Panggilan Setempat (Call Centre): 603-22663346/47

Alamat surat-menyurat: Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 8.00 pagi – 4:30 petang

Sumber: Twitter PDRM

Leave a Reply