Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Kewangan Melanjutkan Pelajaran Bagi Lepasan SPM Mengikut Negeri

Berikut merupakan bantuan kewangan bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi, diploma, ijazah dan sebagainya.

Bantuan kewangan bagi lepasan SPM ini telah disediakan oleh kerajaan, agensi dan perbadanan mengikut negeri kelahiran atau tempat asal masing-masing.

Selain dari lepasan SPM, terdapat juga bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh lepasan STPM, Diploma atau yang setaraf dengannya mengikut kelayakan.

Sila klik senarai pautan yang diberi untuk mengetahui lebih lanjut LANGKAH-LANGKAH untuk memohon.

Pautan ke laman web yang disediakan ini tertakluk kepada perubahan dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERLIS:

Skim Agihan Pelajaran Serta Merta IPT Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

KEDAH:

Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan/Luar Negara Lembaga Zakat Negeri Kedah

PULAU PINANG:

Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) Permohonan dibuka: 1 – 30 September 2021

PERAK:

Bantuan Kemasukan IPTA/IPTS 2021 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara

Bantuan Saradiri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak

SELANGOR:

Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Permohonan ditutup: 14 Julai 2021

Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor

KUALA LUMPUR:

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

NEGERI SEMBILAN:

Bantuan Kewangan Ke Institut Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Sembilan

MELAKA:

Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

JOHOR:

Skim Bantuan Pendaftaran Yayasan Pelajaran Johor

Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara) Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Permohonan dibuka: 1 – 30 Jun2021

PAHANG:

Dermasiswa Pelajar Miskin IPT Yayasan Pahang

TERENGGANU:

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Yayasan Pendidikan MAIDAM

KELANTAN:

Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

SABAH:

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) Permohonan ditutup: 30 Oktober 2021

SARAWAK:

Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) Yayasan Sarawak

Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak (MIS)

UMUM:

Skim Bantuan Pelajar IPT Yayasan RISDA

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) Yayasan Pelajaran MARA

Skim Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT) Yayasan Pelajaran MARA

Bantuan Kewangan Asasi Universiti Awam (UA) Kementerian Pendidikan Malaysia

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) Permohonan dibuka: Februari 2022

Bantuan Pendidikan (BAKTIDESA) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sedang dikemaskini

LAIN-LAIN:

Selain dari bantuan kewangan untuk lepasan SPM, sila semak juga pautan yang berkaitan seperti berikut:

Selamat berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.