Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Skim Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Untuk Golongan OKU

Berikut merupakan senarai skim bantuan bulanan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Mereka yang tergolong dalam kategori OKU yang layak boleh membuat permohonan untuk menerima skim bantuan bulanan berikut dari JKM.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Kadar

RM300 seorang sebulan.

Tujuan

1) Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.

2) Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

Syarat-syarat

1) Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2) Berumur 16 tahun dan ke atas;

3) Pemegang Kad OKU JKM;

4) Tidak berupaya bekerja.

5) Pemohon bukan penghuni/pelatih:

  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);

6) Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

ATAU

7) Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/PERKESO/bantuan dan lain-lain

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Kadar

RM500 sebulan seorang.

Tujuan

1) Meringankan bebanan keluarga/penjaga

2) Menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.

Syarat-syarat

1) Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2) Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/pesakit terlantar/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;

3) Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;

ATAU

4) Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian.

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Kadar

RM450 sebulan seorang.

Tujuan

1) Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Syarat-syarat

1) Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;

2) Berumur 16 tahun dan ke atas;

3) Pemegang kad OKU JKM;

4) Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;

ATAU

5) Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian.

LANGKAH-LANGKAH

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan dan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian dengan membawa:

1) Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.

2) Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.

3) Salinan sijil kelahiran anak-anak /ahli keluarga yang tinggal bersama.

4) Salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

5) Borang-borang yang berkaitan: (sila klik untuk muat turun)

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan bulanan JKM untuk golongan OKU, sila hubungi:

Telefon: 03-8323 1000

E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi JKM

Leave a Reply

Your email address will not be published.