Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksinasi COVID-19 Bagi Kanak-Kanak Dan Remaja Berusia 12 Hingga 18 Tahun Menggunakan Aplikasi MySejahtera

Kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun kini boleh mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Membuat Pendaftaran Vaksinasi Di Bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi MySejahtera tidak memasukkan kanak-kanak dan remaja untuk vaksinasi dan hanya membenarkan keluarga mendaftarkan tanggungan mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Dan Menempah Vaksin AstraZeneca Bagi Warga Emas Mulai 23 Mei 2021

LANGKAH-LANGKAH

Pendaftaran vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun kini boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera dengan cara berikut:

(1) Buka aplikasi MySejahtera.

(2) Di bahagian menu utama, Tekan “Vaksinasi COVID-19”.

2

(3) Sekiranya anda belum pernah membuat sebarang pendaftaran nama tanggungan sebelum ini, sila tekan butang “Tambah Tanggungan Vaksinasi” terlebih dahulu. Isikan butiran tanggungan anda dengan lengkap dan tekan “Simpan”.

31

32

(4) Sekiranya anda pernah membuat pendaftaran nama tanggungan sebelum ini, sila tekan “Tambah sebagai tanggungan vaksin” di bawah nama tanggungan yang anda inginkan.

4

(5) “Sila sahkan bahawa anda diberi kuasa untuk menguruskan proses vaksinasi untuk individu ini”, tekan butang “Ya, teruskan”.

5

(6) Sila sahkan nama dan nombor kad pengenalan/pasport tanggungan anda. Tandakan ‘Betul’ di bahagian “Saya mengesahkan bahawa tanggungan saya berusia lebih daripada 12 tahun” dan tekan butang “Sahkan”.

6

(7) Jawab 7 soalan yang diberikan iaitu:

  • 1 – Adakah tanggungan anda berminat untuk menerima vaksin COVID-19? (Ya/Tidak)
  • 2 – Adakah tanggungan anda mempunyai sejarah penyakit? (Ya/Tidak)
  • 3 – Adakah tanggungan anda mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU)? (Ya/Tidak)
  • 4 – Adakah tanggungan anda akan menghadiri temu janji vaksinasi dengan anda? (Ya/Tidak) Nota: Sila ambil maklum bahawa tarikh temu janji akan diberikan mengikut fasa kelayakan.
  • 5 – Di manakah tempat tinggal semasa tanggungan anda? (Masukkan lokasi)
  • 6 – Sila masukkan negeri semasa tanggungan anda (Pilih negeri)
  • 7 – Sila masukkan poskod semasa tanggungan anda (Masukkan poskod)

Selepas menjawab 7 soalan berikut, sila semak dan tekan “Hantar”.

71

72

73

(8) Selesai! Anda kini sudah mendaftar tanggungan anda untuk vaksinasi.

(9) Kembali ke menu utama dan tekan “Vaksinasi COVID-19” untuk menyemak senarai tanggungan anda. Pendaftaran anda berjaya sekiranya nama tanggungan anda ditanda dengan warna hijau.

9

Anda juga boleh memadam nama tanggungan atau ulangi semula langkah di atas untuk menambah bilangan tanggungan.

(10) Semak status pendaftaran vaksinasi anda dan tanggungan anda pada bila-bila masa dengan menekan “Vaksinasi COVID-19” di bahagian menu utama.

10

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak dan remaja menerusi aplikasi MySejahtera ini bolehlah diajukan ke:

Talian Hotline: 1800-888-828

E-mel: [email protected]

Sumber:

1) Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)

2) Berita Harian

Leave a Reply