Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mengenal Pasti Dan Mendapat Manfaat Sepenuhnya Dari Belanjawan 2021, PERMAI dan PEMERKASA

Terdapat banyak pakej bantuan untuk rakyat yang disediakan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2021, PERMAI dan PEMERKASA.

Panduan lengkap dan mudah ini disediakan sebagai rujukan bagi mengenal pasti dan mengetahui bagaimanakah cara untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari Belanjawan 2021, PERMAI dan PEMERKASA.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Moratorium Secara Automatik (3 Bulan) Atau Mengurangkan Bayaran Balik Secara Ansuran Sebanyak 50% (6 Bulan) Di Bawah PEMERKASA Plus

Belanjawan 2021

Belanjawan 2021 dibentangkan pada hari Jumaat, 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Y.B. Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM322.5 bilion.

Bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’, sebanyak 14 strategi telah dirangka yang merentasi 3 matlamat utama iaitu:

  • Kesejahteraan Rakyat
  • Kelangsungan Perniagaan
  • Ketahanan Ekonomi

PERMAI

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) diumumkan pada hari Isnin, 18 Januari 2021 oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dengan peruntukan sebanyak RM15 bilion.

Sebanyak 22 inisiatif dirancang untuk dilaksanakan yang berteraskan kepada 3 matlamat utama iaitu:

  • Memerangi Wabak COVID-19
  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan

PEMERKASA

Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) diumumkan pada hari Rabu, 17 Mac 2021 oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin yang bernilai RM20 bilion, dengan suntikan fiskal baharu oleh kerajaan berjumlah RM11 bilion.

Sebanyak 20 inisiatif dirancang untuk dilaksanakan yang berteraskan kepada 4 fokus utama iaitu:

  • Mengawal Penularan COVID-19
  • Memacu Pemulihan Ekonomi
  • Memperkukuh Daya Saing Negara
  • Memastikan Agenda Keterangkuman

PEMERKASA+

Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) pula diumumkan pada hari Isnin, 31 Mei 2021 oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin yang bernilai RM40 bilion, dengan suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion.

Ia dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama berikut:

  • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Membuat Penebusan Kredit e-Wallet RM150 Di Bawah Program eBelia PEMERKASA

LANGKAH-LANGKAH

(1) Layari laman web rasmi manfaat Belanjawan 2021 di https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/

(2) Tekan butang “MULA”.

Tekan butang “MULA”

(3) Buat pilihan untuk melihat manfaat bagi “Individu dan Isi Rumah”, “Perniagaan dan Majikan” ATAU “Komuniti”.

Buat pilihan untuk melihat manfaat bagi “Individu dan Isi Rumah”, “Perniagaan dan Majikan” ATAU “Komuniti”

(4) Sekiranya anda membuat pilihan “Individu dan Isi Rumah”, sila isikan maklumat anda seperti Jantina, Umur, Status Ketidakupayaan, Status Perkahwinan, Tanggungan, Pekerjaan dan tekan butang “Teruskan”.

Sekiranya anda membuat pilihan “Individu dan Isi Rumah”, sila isikan maklumat anda seperti Jantina, Umur, Status Ketidakupayaan, Status Perkahwinan, Tanggungan, Pekerjaan dan tekan butang “Teruskan“

(5) Anda boleh pilih aspek-aspek yang anda ingini satu demi satu iaitu aspek Kewangan, Pekerjaan, Pembiayaan, Pendidikan/Latihan, Perlindungan Sosial, Kesihatan ATAU pilih untuk melihat kesemuanya sekali dengan menekan butang “Teruskan”.

Anda boleh pilih aspek-aspek yang anda ingini satu demi satu ATAU pilih untuk melihat kesemuanya sekali dengan menekan butang “Teruskan“

(6) Anda akan dapat melihat manfaat lengkap yang boleh anda perolehi melalui stategi pemulihan dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Nombor dalam kurungan adalah jumlah keseluruhan yang diperolehi. Tekan untuk mendapatkan perincian lebih lanjut.

Anda akan dapat melihat manfaat lengkap yang boleh anda perolehi melalui stategi pemulihan dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan

Anda boleh ulangi langkah-langkah di atas untuk membuat pilihan berlainan atau melihat dari segi aspek yang lain. Setiap manfaat adalah berbeza mengikut pilihan yang dibuat.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas mengenai Belanjawan 2021, PERMAI dan PEMERKASA bolehlah diajukan ke:

Laman web maklumbalas Belanjawan 2021: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/feedback

E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.