Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini dibuka untuk usahawan Bumiputera kecil yang mempunyai perniagaan dan terjejas akibat COVID-19.

Mereka yang ingin memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA ini walau bagaimanapun perlu mempunyai perniagaan dalam sektor Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan mematuhi syarat-syarat kelayakan tertentu.

Apakah Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA?

Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor tidak termasuk sektor pertanian dan penternakan.

Mereka ini terdiri daripada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan skim pembiayaan ini diharap dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan menampung perniagaan mereka serta mengharungi cabaran dari segi kewangan pada masa akan datang.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Kemudahan yang ditawarkan

1) Modal pusingan

2) Pembelian peralatan

3) Promosi dan pemasaran

4) Belanja mengurus

Syarat-syarat

1) Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera;

2) Berumur tidak kurang dari 21 hingga 60 tahun;

3) Melepasi tapisan Carian Kredit/Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS);

4) Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang diceburi;

5) Telah memulakan operasi perniagaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan;

6) Perniagaan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

7) Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

8) Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian/online);

9) Menjalankan perniagaan sepenuh masa;

10) Berupaya menyumbangkan sendiri modal sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek;

11) Perniagaan Patuh Syariah; dan

12) Babas dan tidak mempunyai rekod Senarai Hitam MARA.

Baca juga: Cara Untuk Memohon Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas Dan Teksi (SRSBBT) Di Bawah PEMERKASA Plus

Had pembiayaan

Had maksimum Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA ini adalah sehingga RM50,000 sahaja.

Kadar keuntungan

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun.

Tempoh bayaran balik

Tempoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik adalah sehingga 72 bulan atau 6 tahun.

Cagaran atau jaminan

Tidak dikenakan.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web MyUsahawan

Layari laman web MyUsahawan dan pilih ‘Daftar Pengguna Baru’ atau klik ‘Log Masuk’

2) Bagi yang belum pernah mendaftar, sila klik butang ‘Daftar Pengguna Baru’ .

3) Isikan butiran dengan lengkap dan sahkan perakuan sebelum menekan butang ‘Daftar’.

Isikan butiran dengan lengkap dan sahkan perakuan sebelum menekan butang ‘Daftar’.

4) Bagi yang sudah mendaftar, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan dan klik ‘Log Masuk’.

5) Ikuti arahan yang diberi dan isi maklumat yang diperlukan.

6) Pastikan juga dokumen sokongan adalah lengkap mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA yang boleh dimuat turun DI SINI.

Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

7) Tekan butang ‘Hantar Permohonan’.

Status permohonan boleh disemak secara atas talian dengan cara yang sama seperti di atas.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA, sila hubungi:

No. Telefon Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA: 03-2613 2540, 03-2613 5061

E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi MARA

Leave a Reply

Your email address will not be published.