Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Membuat Semakan CCRIS Dan CTOS Atas Talian Secara Percuma

Semakan kredibiliti anda sebagai peminjam kini boleh dibuat secara percuma atas talian menggunakan CCRIS atau CTOS.

Dengan membuat semakan atas talian dengan CCRIS dan CTOS, anda berupaya untuk memperbaiki laporan kredit anda terlebih dahulu.

Ini dapat mengelakkan anda dari membuat sebarang permohonan pinjaman yang akhirnya ditolak dan seterusnya menjejaskan kesihatan kredit anda.

Apakah CCRIS?

CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ia bertujuan untuk menyelia pengurusan risiko kredit dengan cara menyediakan atas permintaan laporan kredit peminjam atau bakal peminjam kepada institusi kewangan.

Laporan kredit ini dapat membantu institusi kewangan memperolehi maklumat yang cukup bagi membuat keputusan untuk pemberian pinjaman dengan lebih mudah dan telus.

Melalui CCRIS, maklumat yang dapat diperolehi termasuklah semua kemudahan kredit dan juga permohonan kredit yang telah diluluskan dalam masa 12 bulan atau yang masih belum diluluskan.

Apakah CTOS?

CTOS bermaksud Credit Tip-Off Service dan merupakan sebuah Agensi Pelaporan Kredit swasta yang berpusat di Bangsar South dan didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

CTOS mengeluarkan laporan kredit (untuk individu dan syarikat) dengan memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh sehingga 24 bulan yang lalu.

Selain itu, CTOS juga dapat menyalurkan maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah dan juga rujukan testimoni urusniaga dengan syarikat-syarikat lain.

Tunggakan hutang dengan pemiutang selain dari pihak bank juga boleh diperolehi misalnya hutang bayaran ansuran barangan elektrik atau perabot, bil syarikat telekomunikasi, kedai motor dan lain-lain.

Kebaikan memeriksa rekod kredit

Sebelum membuat permohonan untuk mana-mana pinjaman, adalah lebih afdal sekiranya anda dapat memastikan dulu rekod kredit anda cemerlang dan bebas dari sebarang keraguan.

Ini dapat memberikan anda peluang yang lebih baik untuk mendapatkan kelulusan daripada institusi kewangan.

Selain itu, jika pinjaman anda kerap ditolak, kesihatan kredit anda juga akan turut terjejas kerana seolah-olah anda memiliki rekod buruk yang menjejaskan kredibiliti anda dan diragui oleh ramai pihak.

LANGKAH-LANGKAH

CCRIS

Pendaftaran adalah diwajibkan sebelum anda dibenarkan untuk membuat semakan CCRIS secara dalam talian di eCCRIS

1) Pendaftaran adalah diwajibkan sebelum anda dibenarkan untuk membuat semakan CCRIS secara dalam talian di eCCRIS. Cara-caranya ialah:

  • a – Muat turun borang permohonan CCRIS/eCCRIS di sini.
  • b – Isi maklumat yang diperlukan dan sertakan sekali dengan dokumen sokongan berikut: salinan MyKad/pasport, bil telefon bimbit terkini dan mana-mana dua lagi dokumen (lesen memandu, penyata KWSP, penyata bank, sijil lahir, sijil nikah ATAU bil utiliti).
  • c – Hantarkan permohonan anda secara dalam talian di eLINK.

2) Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan diberikan nombor PIN. Tekan ‘Log Masuk Kali Pertama’ untuk mengaktifkan pendaftaran anda dan masukkan maklumat yang diperlukan sebelum menekan ‘Hantar’.

Tekan ‘Log Masuk Kali Pertama’ untuk mengaktifkan pendaftaran anda dan masukkan maklumat yang diperlukan sebelum menekan ‘Hantar’

3) Kembali ke eCCRIS, masukkan ‘ID Pengguna’ dan klik ‘Seterusnya’ untuk mula membuat semakan CCRIS anda.

NOTA:

  • Panduan lengkap dan soalan-soalan lazim boleh diperolehi di pautan ini.
  • Alternatif lain – Semakan CCRIS secara manual boleh dibuat dengan menghubungi BNMTELELINK di talian 1300 88 5465 atau +603 2174 1717 (dari luar negara) untuk serahan melalui pos.

CTOS

Anda hanya perlu klik butang ‘Sign Up’ yang berada di penjuru atas sebelah kiri dan isi maklumat yang diperlukan

1) Pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu untuk membuat semakan secara dalam talian di CTOS. Anda hanya perlu klik butang ‘Sign Up’ yang berada di penjuru atas sebelah kiri dan isi maklumat yang diperlukan.

2) Selepas menerima pengesahan melalui e-mel, masukkan nombor TAC yang anda terima melalui telefon anda untuk melengkapkan proses pendaftaran dengan menekan butang ‘Continue’.

Selepas menerima pengesahan melalui e-mel, masukkan nombor TAC yang anda terima melalui telefon dan tekan butang ‘Continue’

3) Masa yang diperlukan oleh CTOS untuk membuat pengesahan pendaftaran akaun baru adalah lebih kurang 3 jam waktu bekerja. Kembali ke CTOS sekiranya anda telah menerima e-mel pengesahan dan hanya masukkan nombor MyKad, kata laluan dan tekan butang ‘Login’ untuk mula menggunakan CTOS.

NOTA:

  • Tutorial lengkap boleh dirujuk di sini.
  • Alternatif lain – Semakan CTOS boleh juga dibuat menggunakan aplikasi telefon pintar. Muat turun di sini untuk Android dan di sini untuk iOS.
  • Laporan MyCTOS pertama diemelkan kepada anda secara percuma. Namun, bayaran mungkin akan dikenakan untuk laporan MyCTOS seterusnya.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai semakan CCRIS dan CTOS atas talian secara percuma, sila hubungi:

No. Telefon CCRIS: 1300 88 5465 (BNMTELELINK), +603 2174 1717 (dari luar negara)

E-mel CCRIS: [email protected]

Pertanyaan Atas Talian: CTOS

E-mel CTOS: [email protected]

Sumber:  Bank Negara Malaysia, CTOS

Leave a Reply