Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mendaftar i-Akaun Majikan Dan Menggunakan Sistem e-Caruman Dan e-Payroll KWSP

Majikan perlu mendaftar sebagai pengguna i-Akaun Majikan bagi menggunakan sistem e-Caruman dan e-Payroll Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Inisiatif penggunaan i-Akaun Majikan ini diwujudkan oleh KWSP bagi membantu majikan memudahkan lagi transaksi pembayaran caruman secara atas talian melalui e-Caruman dan pengurusan rekod gaji melalui e-Payroll.

NOTA: Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya.

Menurut Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991, kegagalan majikan untuk berbuat demikian boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon i-Sinar KWSP

LANGKAH-LANGKAH

Pendaftaran i-Akaun Majikan dan e-Caruman

(1) Isi ‘Borang KWSP 1’ bagi majikan baru ATAU ‘Borang KWSP 1 (i)’ bagi majikan yang telah berdaftar dengan KWSP dan kunjungi mana-mana kaunter KWSP terdekat.

Muat turun di sini: Borang KWSP 1 dan Borang KWSP 1 (i)

Majikan atau wakil perlu membawa borang yang telah siap diisi beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan dan menyerahkannya kepada petugas KWSP untuk pendaftaran.

Petugas KWSP akan melakukan proses pengesahan borang dan cop rasmi syarikat sebelum meluluskan permohonan.

Selepas menerima kod pengaktifan melalui SMS yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan, majikan atau wakil perlu mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari.

e-Caruman KWSP

(2) Layari laman web i-Akaun Majikan di https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login

(3) Isikan No. Ahli yang diterima pada ruangan ‘ID Pengguna’ dan klik ‘Teruskan’.

(4) Isikan ‘Kata Laluan’ yang diterima melalui SMS dan klik ‘Log Masuk’.

(5) Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan pada kotak “checkbox” sebelum klik ‘Seterusnya’.

(6) Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ‘ID Pengguna’ (gabungan alphanumeric 8-16 digit) serta kata laluan yang baharu (gabungan alphanumeric 8-20 digit) dan masukkan semula kata laluan yang baharu tersebut untuk pengesahan.

(7) Pilih ‘Imej Online’ dan isikan ‘Frasa Rahsia’ (maksimum 10 aksara), kemudian klik ‘Seterusnya’.

(8) Skrin pengaktifan “Berjaya” akan dipaparkan dan anda boleh terus login ke i-Akaun Majikan untuk menggunakan sistem e-Caruman.

NOTA: Kini, sistem e-Caruman dan i-Akaun Majikan versi aplikasi telefon pintar turut disediakan oleh KWSP. Muat turun di Google Play, App Store atau AppGallery.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Sebagai Majikan Di Bawah Program Subsidi Upah 3.0

Pendaftaran e-Payroll

e-Payroll KWSP

(1) Untuk mendaftar, majikan perlu menghubungi cawangan KWSP berhampiran ATAU Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03–89226000 ATAU layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us

Dengan menggunakan sistem e-Payroll, majikan boleh membuat pengiraan secara automatik bagi caruman KWSP, potongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

NOTA: Sistem e-Payroll tidak tersedia dalam versi aplikasi telefon pintar buat masa ini.

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai i-Akaun Majikan, e-Caruman ATAU e-Payroll KWSP, sila hubungi:

Laman web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-8922 6000

E-mel KWSP: [email protected]

Sumber:  KWSP

Leave a Reply