Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ahli KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang layak boleh mengikuti cara yang disenaraikan di bawah untuk memohon i-Citra di bawah pakej PEMULIH.
Melalui i-Citra yang diperkenalkan dalam pakej PEMULIH ini, ahli KWSP boleh memohon untuk mengeluarkan wang dari akaun KWSP sehingga lima (5) bulan atau mengikut bayaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon i-Sinar KWSP
Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup ketika wabak pandemik COVID-19.
Nilai keseluruhan pakej PEMULIH adalah berjumlah RM150 bilion dan merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Di bawah fokus untuk Menyokong Perniagaan, KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra yang dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Mendaftar i-Akaun Majikan Dan Menggunakan Sistem e-Caruman Dan e-Payroll KWSP
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021. (Kemaskini: Tarikh permohonan kini telah dipercepatkan 3 hari iaitu bermula 12 Julai 2021)
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Ikuti 7 langkah mudah dalam infografik di bawah untuk membuat permohonan pengeluaran i-Citra:
atau tonton video di bawah:
Semak dulu:
Terkini:
Sebarang pertanyaan mengenai cara memohon i-Citra KWSP di bawah pakej PEMULIH bolehlah diajukan melalui:
Sumber: KWSP