Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Di Bawah Pakej PEMULIH

KEMAS KINI (2-Sep-21):

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Khas COVID-19 (BKC) PEMULIH termasuk cara memohon, syarat kelayakan, kaedah pembayaran, semakan status, jumlah dan jadual pembayaran terkini, sila muat turut Soalan Lazim (FAQ) mengenai BKC bertarikh 1 September 2021 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di pautan ini: Soalan Lazim Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Satu lagi bantuan tunai untuk rakyat iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC) telah diumumkan oleh kerajaan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Melalui Bantuan Khas COVID-19 (BKC) di bawah pakej PEMULIH ini, mereka yang layak bakal menikmati bantuan tunai berjumlah sehingga RM1300 yang akan diberi mengikut kategori kelayakan.

Baca juga: Cara Untuk Memohon i-Citra KWSP Di Bawah Pakej PEMULIH

Apakah BKC?

Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup ketika wabak pandemik COVID-19.

Nilai keseluruhan pakej PEMULIH adalah berjumlah RM150 bilion dan merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Di bawah fokus untuk Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah memperkenalkan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan tunai untuk menghadapi bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Secara keseluruhan, pemberian BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Syarat-syarat kelayakan dan kategori penerima

Kategori

Penerima

Kelayakan
Isi Rumah Bujang
(1) Miskin Tegar RM1300 – 3 kali bayaran RM500 – 2 kali bayaran
(2) B40 RM800 – 2 kali bayaran RM200 – 1 kali bayaran
(3) M40 RM250 – 1 kali bayaran RM100 – 1 kali bayaran

(1) Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM1300. Bayaran akan dibuat sebanyak 3 kali iaitu RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November dan RM300 pada bulan Disember 2021. (KEMAS KINI: Telah ditunda)

Manakala individu bujang kategori miskin tegar pula akan menerima bantuan sebanyak RM500 iaitu RM200 pada bulan Ogos dan RM300 lagi pada bulan November. (KEMAS KINI: Telah ditunda)

(2) Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. (KEMAS KINI: Telah ditunda)

Bagi bujang kategori B40 pula akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos. (KEMAS KINI: Telah ditunda)

(3) Isi rumah kategori M40 turut akan menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos. (KEMAS KINI: Telah ditunda)

KEMAS KINI: Untuk jadual pembayaran terkini, sila rujuk: Soalan Lazim Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Syarat-syarat kelayakan dan kategori penerima BKC

LANGKAH-LANGKAH

Permohonan TIDAK DIPERLUKAN kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

  1. Miskin tegar: Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih.
  2. B40: Permohonan BPR 2021
  3. M40: Percukaian (LHDNM)

Semakan status BKC pula hanya boleh dibuat mulai 6 September 2021 di Portal Rasmi BKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my

Untuk tarikh dan kaedah pembayaran BKC, sila rujuk: Soalan Lazim Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Rujukan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BKC dan pengumuman bantuan khas PEMULIH kerajaan yang lain, sila rujuk pautan berikut:

Baca: Teks Ucapan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Tonton: Video Slaid Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Sumber:  Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.