Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Moratorium Secara Automatik (6 Bulan) Tanpa Syarat Di Bawah Pakej PEMULIH

Kerajaan telah mengumumkan moratorium secara automatik selama 6 bulan tanpa syarat akan diberi kepada mereka yang layak di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Melalui pemberian moratorium secara automatik selama 6 bulan di bawah pakej PEMULIH ini, semua peminjam individu dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro di seluruh negara dijangka bakal mendapat manfaat.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Di Bawah Pakej PEMULIH

Apakah PEMULIH?

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup ketika wabak pandemik COVID-19.

Nilai keseluruhan pakej PEMULIH adalah berjumlah RM150 bilion dan merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Di bawah fokus untuk Menyokong Perniagaan, kerajaan dengan kerjasama pihak bank, akan memberikan moratorium automatik tanpa syarat selama enam bulan kepada mereka yang layak.

Moratorium Secara Automatik PEMULIH

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Moratorium Secara Automatik (3 Bulan) Atau Mengurangkan Bayaran Balik Secara Ansuran Sebanyak 50% (6 Bulan) Di Bawah PEMERKASA Plus

Kategori yang layak

(1) Semua peminjam individu (tidak kira sama ada dari golongan B40, M40 atau T20).

(2) Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro.

Syarat-syarat kelayakan

Tiada syarat. Dokumentasi juga tidak lagi diperlukan untuk permohonan.

Syarat-syarat sebelum ini seperti bukti pengurangan pendapatan dan semakan sama ada pemohon telah hilang pekerjaan juga sudah tidak terpakai.

Namun, kemudahan yang turut ditawarkan kepada usahawan mikro dan pengusaha PKS yang terjejas ini masih lagi tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Moratorium 6 Bulan PEMULIH

Tarikh permohonan

Permohonan akan mula dibuka pada 7 Julai 2021.

LANGKAH-LANGKAH

Terdapat 3 cara untuk membuat permohonan iaitu:

1. Borang web
2. E-mel
3. Panggilan telefon

Ikuti cara-caranya dalam infografik di bawah:

2

Kelulusan adalah secara automatik dan pengesahan dari pihak bank akan diperolehi dalam tempoh 5-12 hari.

Pautan-pautan berikut boleh digunakan untuk terus ke laman web bank:

1. Moratorium Maybank
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

2. Moratorium Bank Rakyat
https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

3. Moratorium Bank Islam
https://vao.bankislam.com.my/ppb/

4. Moratorium CIMB
https://www.cimb.com.my/covid19support

5. Moratorium BSN
https://www.bsn.com.my/page/TRA

6. Moratorium Public Bank
https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx

7. Moratorium Ambank
https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance

8. Moratorium RHB
https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747

9. Moratorium Affin Bank
https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY

10. Moratorium MBSB
https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium

11. Moratorium Bank Muamalat
https://map.muamalat.com.my/

12. Moratorium Kuwait Bank
https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html

13. Moratorium CitiBank
https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html

14. Moratorium Alliance Bank
https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do

15. Moratorium AgroBank
https://www.agrobank.com.my/my/bbb/

16. Moratorium Hong Leong Bank
https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html

17. Moratorium SME Bank
https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance

18. Moratorium Standard Chartered Bank
https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/

19. Moratorium Al Rajhi Bank
https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance

20. Moratorium UOB Bank
https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page

21. Moratorium OCBC Bank
https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html

22. Moratorium PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/

Maklumat lanjut

  • Layari bnm.gov.my/RA untuk maklumat lanjut.
  • Untuk khidmat nasihat kewangan dan bimbingan, hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui https://services.akpk.org.my
  • Untuk aduan mengenai permohonan atau masalah menghubungi bank, maklumkan kepada pihak Bank Negara Malaysia melalui bnm.my/RAsurvey.

Rujukan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai moratorium secara automatik tanpa syarat dan pengumuman bantuan khas PEMULIH kerajaan yang lain, sila rujuk pautan berikut:

Baca: Teks Ucapan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

Tonton: Video Slaid Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

 

Sumber:  Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.