Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Buat Temu Janji Perkhidmatan Kaunter Agensi Di Bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (JPJ, APAD, JLM, LPKP dan PUSPAKOM)

Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) seperti JPJ, APAD, JLM, LPKP dan PUSPAKOM akan membuka perkhidmatan kaunter secara temu janji mulai 1 Julai 2021 bersandarkan kepada ketetapan berikut:

  • Urusan yang dibenarkan adalah semua urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian
  • Kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50%
  • Semua urusan adalah secara temu janji berjadual dan walk-in tidak dibenarkan

Temu Janji MOT

LANGKAH-LANGKAH

Untuk membuat temu janji dengan JPJ, APAD, JLM, LPKP atau PUSPAKOM, sila ikuti panduan berikut:

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

(1) Rujuk Facebook rasmi JPJ @jabatanpengangkutanjalanmalaysia untuk mendapatkan senarai Cawangan JPJ berdekatan bagi membuat temu janji;

ATAU

hubungi nombor telefon pejabat cawangan JPJ berikut:

No. Tel. JPJ

b No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJi No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

No. Tel. JPJ

  • Tambahan pautan untuk temu janji:
  1. JPJ Negeri Pahang https://sto.iactims.my
  2. JPJ WP Labuan https://forms.gle/hwTdComr4WFA6Xh97
  3. JPJ Negeri Kedah https://forms.gle/7J78wvvPwsqhANNd7
  4. JPJ Cawangan Sri Manjung https://docs.google.com/…/1_zuedO-LozPHh_glRceNR…/closedform
  • Urusan di kiosk beroperasi seperti biasa.
  • Semua perkhidmatan kaunter untuk transaksi berkaitan kenderaan komersial dan persendirian adalah dibuka KECUALI mana-mana perkhidmatan yang boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal awam mySIKAP atau rakan strategik JPJ yang menawarkan perkhidmatan jabatan.
  • Terdapat 38 transaksi dalam talian melalui portal awam mySIKAP. Namun, 11 transaksi berikut memerlukan kaedah pendaftaran melalui pengesahan biometrik (sekali daftar) bagi meneruskan transaksi melalui portal awam mySIKAP:
  1. Salinan LKM.
  2. Permohon Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu).
  3. Permohon Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar).
  4. Cabutan Pek Maklumat Kenderaan.
  5. Pertanyaan Maklumat Pemilik Kenderaan (VOC).
  6. Pertanyaan Maklumat Kenderaan Vehicle Information Pack (VIP).
  7. Tempah Nombor Pendaftaran.
  8. Maklumat Pemilik.
  9. Permohonan mengecop semula nombor casis.
  10. Permohonan mengecop semula nombor enjin.
  11. Perubahan Maklumat Alamat/Nombor Telefon/e-mel.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memperbaharui Lesen Memandu Dan Cukai Jalan JPJ Menggunakan Portal mySIKAP

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

(1) Buat temu janji melalui portal APAD iaitu https://www.apad.gov.my/temujanji/index.html. Portal temu janji APAD boleh diakses bermula jam 4.00 petang, 30 Jun 2021;

ATAU

imbas kod QR di bawah:

Temu Janji APAD

  • Semua permohonan boleh dibuat melalui temu janji ini kecuali urusan Kad Pemandu.
  • Bagi permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) permohonan hendaklah dibuat secara terus melalui emel: [email protected]
  • Dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), para pengusaha dan syarikat tidak terikat dengan keperluan untuk mengemukakan permohonan memperbaharui lesen dalam tempoh 90 hari sebelum tamat tempoh lesen.
  • Bagi proses serahan keputusan, temu janji hendaklah dibuat melalui emel berikut:
  1. [email protected]
  2. [email protected]
  3. [email protected]
  4. [email protected]
  • Untuk maklumat terkini, kunjungi laman Facebook APAD @APADchannel

Jabatan Laut Malaysia (JLM)

(1) Untuk temujanji, hubungi Hotline: 03 3346 7777/7620;

ATAU

e-mel: [email protected]

  • Transaksi berikut boleh dilakukan di kaunter mulai 1 Julai melalui temu janji sahaja:
  1. Semakan dokumen-dokumen pelaut.
  2. Semakan sijil-sijil kapal.
  3. Urusan pertukaran anak kapal.
  4. Urusan pembelian buku latihan pelaut.
  5. Urusan pengambilan dokumen-dokumen pelaut.
  6. Urusan pengambilan sijil/permit kapal.
  7. Urusan pembayaran yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian.
  • Untuk maklumat terkini, kunjungi laman Facebook JLM @JabatanLautMalaysia

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah

(1) Untuk temujanji, hubungi Hotline: 088-238244/245

ATAU

e-mel: [email protected]

  • Transaksi berikut boleh dilakukan di kaunter mulai 1 Julai melalui temu janji sahaja:
  1. Urusan permohonan baharu/tambahan Lesen kenderaan komersial.
  2. Urusan permohonan Ubah Syarat Surat Tawaran Kelulusan (STK).
  3. Memperbaharui Lesen kenderaan komersial.
  4. Urusan permohonan Ubah Syarat Lesen kenderaan komersial.
  5. Cetakan Lesen bagi kenderaan komersial.
  6. Pengistiharan serah balik Lesen kenderaan komersial.
  7. Permohonan dan pengambilan Kad Pemandu.
  • Untuk maklumat terkini, kunjungi laman Facebook LPKP Sabah @lpkpsbh

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak

(1) Untuk temujanji, hubungi Hotline: 082-412073/413303

ATAU

e-mel: [email protected]

  • Transaksi berikut boleh dilakukan di kaunter mulai 1 Julai melalui temu janji sahaja:
  1. Urusan permohonan baharu/tambahan Lesen kenderaan komersial.
  2. Urusan permohonan Ubah Syarat Surat Tawaran Kelulusan (STK).
  3. Memperbaharui Lesen kenderaan komersial.
  4. Urusan permohonan Ubah Syarat Lesen kenderaan komersial.
  5. Cetakan Lesen bagi kenderaan komersial.
  6. Pengistiharan serah balik Lesen kenderaan komersial.
  • Untuk maklumat terkini, kunjungi laman Facebook LPKP Sarawak @lpkpsarawak

PUSPAKOM

Temu Janji PUSPAKOM

(1) Dapatkan tarikh temu janji secara dalam talian di: www.mypuspakom.com.my;

ATAU

Talian Khidmat Pelanggan: 03 5101 7000;

ATAU

E-mel: [email protected]

  • Untuk maklumat terkini, kunjungi laman Facebook PUSPAKOM @puspakomvehicleinspection

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai cara untuk membuat janji temu dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) seperti JPJ, APAD, JLM, LPKP dan PUSPAKOM, sila hubungi:

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Hotline: 1- 800 – 88 – 7723

Faks: +603 8892 0208

E-mel: [email protected]

 

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.