Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bagi meningkatkan keyakinan masyarakat, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 yang bermula dari jumlah RM50,000 sehingga RM500,000.
Pemberian bantuan khas kesan mudarat vaksin COVID-19 ini akan diberi kepada warganegara Malaysia dan warganegara asing yang mendapat kesan sampingan serius setelah menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Bantuan khas ini telah diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan pada 22 Mac 2021. Ia merupakan inisiatif kerajaan yang amat serius dan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Oleh itu, dalam usaha untuk meyakinkan rakyat agar menerima suntikan vaksin yang dijamin selamat, kerajaan menawarkan bantuan khas untuk mereka yang mendapat kesan sampingan yang serius selepas divaksinasi.
1) Bantuan ini merupakan langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19.
2) Bantuan ini diharapkan agar dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin.
Kerajaan telah meluluskan jumlah bayaran seperti berikut:
1) RM50,000 jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital; dan
2) RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.
Dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah disediakan bagi tujuan bayaran ini.
Pembayaran akan dibuat oleh NADMA sebaik sahaja perakuan dan dokumen lengkap diserahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada NADMA.
Untuk menerima bantuan khas ini, aduan pemohon perlu disiasat terlebih dahulu, dipertimbang dan seterusnya diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Kewangan Khas Kesan Mudarat Vaksin COVID-19, KKM.
1) Penerima vaksin yang mendapat kesan mudarat selepas divaksinasi perlu membuat aduan kepada KKM mengenai kesan-kesan mudarat yang diterimanya.
2) KKM menerusi 3 jawatankuasa di peringkat Kementerian akan memantau dan menilai kesan mudarat dan isu keselamatan susulan vaksinasi pengadu tersebut. 3 jawatankuasa tersebut ialah:
3) Kelulusan, perakuan dan dokumen lengkap akan diserahkan akan oleh KKM kepada NADMA yang seterusnya akan membuat proses pembayaran kepada pengadu.
Segala pertanyaan dan permohonan mengenai bantuan ini, sila tujukan kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kompleks E, Aras 12, Blok E7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
(u/p: Sekretariat Jawatankuasa Induk Bantuan Kewangan Khas Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 dan Jawatankuasa Teknikal Perubatan)
Email: [email protected]
Telefon: 03-8000 8000
Faks: 03-8888 6187
Sumber: Portal Rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)