Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Para pelabur yang ingin beli saham IPO yang baru dilancarkan boleh memilih kaedah pembelian secara dalam talian.
Untuk beli atau mohon saham IPO dalam talian, pelabur boleh menggunakan khidmat dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan institusi-institusi perbankan.
IPO atau initial public offering bermaksud pelancaran saham baharu di pasaran saham.
Kebiasaannya, IPO dijual terlebih dahulu kepada pelabur institusi sebelum ia seterusnya dijual untuk pertama kali kepada pelabur umum.
Dengan cara ini, sebuah syarikat pegangan persendirian akan bertukar menjadi syarikat pegangan umum.
Tujuan utama bagi sesebuah syarikat menawarkan IPO adalah untuk membuat penambahan modal.
Selain dari membuat pinjaman terus dari bank atau institusi kewangan, IPO menjadi alternatif bagi sesebuah syarikat untuk menambah lagi modalnya.
Menurut data yang dikongsi oleh ShareInvestor.com, rekod IPO di Malaysia pada 2016 menunjukkan 8 dari 10 syarikat yang ditawarkan secara IPO pada tahun 2016 mencatatkan keuntungan iaitu berada di paras harga IPO. Hanya 2 syarikat atau 20% sahaja mencatatkan harga di bawah IPO masing-masing.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, dengan membeli IPO, peluang untuk mendapat keuntungan adalah baik. Jika dilihat dari segi untung-rugi, nisbahnya ialah 4:1 dan ini merupakan keadaan yang sangat baik.
Baca juga: Cara-Cara Untuk Membuat Semakan CCRIS Dan CTOS Atas Talian Secara Percuma
Untuk mula membeli saham IPO dalam talian, pelabur terlebih dahulu mesti membuka akaun Sistem Depositori Pusat atau Central Depository System (CDS) dengan Agen Depositori Sah (ADA), contohnya syarikat broker saham.
Dengan cara ini, saham atau sekuriti yang dibeli akan dikreditkan ke dalam akaun CDS yang telah dibuka oleh pelabur. Begitu juga dengan sekuriti yang dijual. Kesemua sekuriti itu akan didebitkan daripada akaun CDS.
Borang untuk membuka akaun CDS boleh dimuat turun di sini: BORANG CDS
Berikut merupakan cara untuk beli saham IPO dalam talian melalui MITI dan 2 bank terkemuka di Malaysia iaitu Maybank dan CIMB.
Syarat-syarat bagi individu:
Dokumen yang diperlukan bagi individu:
Cara-cara melanggan saham IPO melalui MITI bagi individu:
Syarat-syarat:
Cara-cara melanggan saham IPO melalui Maybank2u bagi individu:
Syarat-syarat:
Cara-cara melanggan saham IPO melalui CIMB Clicks bagi individu:
Sebarang pertanyaan mengenai cara untuk untuk beli saham IPO secara dalam talian, sila kunjungi pautan berikut:
Sumber: Majalah Labur