Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Lapor Jika Majikan Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) Menggunakan Aplikasi Working for Workers (WFW)

Kementerian Sumber Manusia menerima 1,878 aduan membabitkan majikan tidak membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat 1 Julai yang lalu.

Dalam catatan angka tersebut, Selangor merekodkan jumlah tertinggi kes majikan tidak membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah atau BDR dengan 696 aduan diikuti Kuala Lumpur 505, Johor 196 dan Pulau Pinang 123.

Pekerja kini boleh terus menyalurkan aduan dan permasalahan yang dihadapi dari majikan masing-masing melalui aplikasi Working for Workers (WFW).

Working for Workers (WFW)

Apakah Working for Workers (WFW)?

Working For Workers (WFW) merupakan satu saluran digital inisiatif dari Kementerian Sumber Manusia untuk semua pekerja di Malaysia sama ada tempatan atau asing bagi mengakses satu mekanisme aduan yang membolehkan mereka menyuarakan ketidakpatuhan piawaian etika dan salah laku majikan.

WFW juga merupakan saluran bagi pekerja untuk memberikan maklum balas mengenai amalan syarikat dan masalah di tempat kerja – terutamanya yang memberi kesan secara langsung kepada masalah dan kebajikan pekerja yang berkaitan dengan standard tanggungjawab sosial.

Bekerja Dari Rumah (BDR)

Menurut Pelan Pemulihan Negara – SOP Fasa 1, kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60% sahaja dan tertakluk kepada surat kelulusan Kementerian yang berkaitan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, arahan untuk bekerja dari rumah atau BDR terpakai untuk pekerja bukan dalam perkhidmatan perlu atau non essential yang mana majikan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kementerian menerima banyak aduan daripada pekerja yang mengatakan mereka diugut majikan serta dipaksa hadir bekerja dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diberhentikan kerja.

Kuasa kompaun

Pegawai penguatkuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah diberikan kuasa mengkompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkuat kuasa 1 Jun 2021.

Jumlah kompaun

Bayaran kompaun dikenakan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berhubung keperluan 40% pekerja sektor swasta untuk Bekerja Dari Rumah (BDR).

Mana-mana syarikat atau premis yang didapati tidak mematuhi arahan BDR yang terkini serta berlaku pelanggaran SOP akan diarahkan tutup serta merta selama tujuh (7) hari dan dikompaun maksimum RM50,000.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendapatkan Tawaran Diskaun 50% Dalam Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian PDRM Mulai 18 Jun 2021

LANGKAH-LANGKAH

1) Muat turun aplikasi Working for Workers (WFW) di Google Play atau App Store.

2) Klik ‘New User? Please Register HERE’ untuk mendaftar.

2 Daftar Working for Workers (WFW)

3) Untuk log masuk, isikan nombor telefon dan kata laluan anda dan tekan ‘LOGIN’.

4) Tekan ‘New Complaint’ dan pilih ‘EMPLOYERS DO NOT ALLOW WORK FROM HOME (MAJIKAN TIDAK BENARKAN KERJA DARI RUMAH)’.

Lapor Guna Working for Workers (WFW)

5) Isikan butiran di ruangan ‘Description’, masukkan gaji dan elaun di ruangan ‘Salary’ dan ‘Allowance’ dan jawatan di ruangan ‘Position’.

6) Sertakan gambar bukti (jika ada) di bahagian ‘Add More Supporting Image’.

Majikan Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah (BDR)

7) Semak dan tekan ‘SEND’ untuk hantar aduan.

 Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai cara untuk lapor sekiranya majikan tidak benarkan bekerja dari rumah atau BDR, sila hubungi:

Kementerian Sumber Manusia

Sumber: Working For Workers

Leave a Reply