Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Menerima Bantuan Bulanan RM100 Di Bawah Program PRIHATIN Kasih Dan Menggunakan Sistem Tanpa Tunai MyKasih

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih di bawah Yayasan MyKasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan.

Bayaran PRIHATIN Kasih sebanyak RM100 sebulan ini boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas menggunakan sistem tanpa tunai MyKasih.

Apakah PRIHATIN Kasih?

Pada bulan Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA untuk membantu rakyat yang paling terjejas disebabkan wabak COVID-19.

Salah satu usaha tersebut adalah inisiatif PRIHATIN Kasih yang menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin atau golongan miskin bandar di seluruh negara.

Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan (BPR Tambahan) Di Bawah PEMERKASA Plus

Syarat kelayakan

Keluarga yang menerima PRIHATIN Kasih telah dipilih daripada keluarga miskin bandar, dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data BPR.

Cara memohon

Permohonan untuk PRIHATIN Kasih adalah tidak diperlukan kerana penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan.

Mereka yang tidak tersenarai boleh menghubungi Yayasan MyKasih melalui e-mel [email protected] dan memberi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

Semakan status

Semakan status penerima boleh dibuat menggunakan pautan ini: Semak Status PRIHATIN Kasih

Semak Bantuan Bulanan RM100 Di Bawah Program PRIHATIN Kasih

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Jumlah bayaran

Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan, selama 3 bulan.

Bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.

Tempoh bayaran

Tempoh pembayaran telah dibuat mulai 1 Julai 2021 dan akan berterusan sehingga akhir tahun 2021 mengikut jadual berikut:

Negeri Bulan Pelaksanaan
Selangor dan Kuala Lumpur Julai – September 2021
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu Ogos – Oktober 2021
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak September – November 2021 atau Oktober – Disember 2021 (tertakluk pada perubahan)

Baki bayaran

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Pasar raya dan kedai yang mengambil bahagian

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021.

Lebih 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart dan Lotus Stores (Tesco) turut mengambil bahagian.

Senarai penuh boleh dilihat di pautan ini: Senarai pasar raya dan kedai PRIHATIN Kasih

LANGKAH-LANGKAH

Bagi mengelakkan kekeliruan mengenai cara-cara untuk menggunakan Sistem Tanpa Tunai MyKasih, taklimat orientasi akan diadakan di kedai runcit yang terdekat.

Penerima PRIHATIN Kasih juga akan dimaklumkan mengenai tarikh dan masa untuk sesi taklimat tersebut melalui SMS.

Untuk menggunakan Sistem Tanpa Tunai MyKasih, ikuti 4 langkah mudah berikut:

Cara Menggunakan Sistem Tanpa Tunai MyKasih

1) Pilih barangan keperluan yang diperlukan seperti biasa.

2) Kunjungi kaunter pembayaran bagi proses pembayaran dan juruwang akan mengimbas kod bar setiap barangan tersebut.

3) Gunakan MyKad untuk membuat bayaran dan masukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan bayaran.

4) Selesai! Simpan resit untuk semakan jumlah baki dan rujukan transaksi.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai cara-cara untuk menerima bantuan bulanan RM100 di bawah program PRIHATIN Kasih dan menggunakan sistem tanpa tunai MyKasih, sila hubungi:

Yayasan MyKasih, Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-7720 1800, 03-7720 1900
E-mel: [email protected]

Sumber: MyKasih

Leave a Reply