Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Dan Bayaran Tambahan RM1,000 Di Bawah Pakej PEMULIH

Semakan status permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dan bayaran tambahan RM1,000 di bawah pakej PEMULIH kini boleh dibuat dengan mengunjungi portal Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 di bawah PEMULIH ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada akhir bulan Jun yang lalu.

Apakah PEMULIH?

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup ketika wabak pandemik COVID-19.

Nilai keseluruhan pakej PEMULIH adalah berjumlah RM150 bilion dan merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Di bawah fokus untuk Menyokong Perniagaan, kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan RM1,000 di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak.

Kerajaan berharap dengan bayaran tambahan ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik bengkel, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Permohonan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) Beserta Tambahan Nilainya Di Bawah PEMERKASA Plus

Jumlah bayaran

Geran Khas Prihatin (GKP 4.0)

Bayaran tambahan GKP 4.0 adalah sebanyak RM1000 iaitu RM500 akan dibayar mulai 21 September 2021 secara berperingkat dan RM500 lagi pada bulan November 2021. Tertakluk kepada perubahan.

Sebelum ini, pembayaran GKP 3.0 telah dilakukan pada pertengahan Jun 2021 sebanyak RM1,000 dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Tarikh permohonan

Bagi usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran mula dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Syarat kelayakan

Bagi permohonan baharu untuk GKP 4.0, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1) Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan

2) Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

3) Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan

4) Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan

5) Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara memohon

Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my.

Keputusan permohonan

Semakan permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my mulai 20 September 2021.

LANGKAH-LANGKAH

Semakan Bayaran Tambahan RM1,000 PEMULIH

1) Layari Portal Rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my

2) Pilih ‘Semakan Status’ untuk menyemak status permohonan atau ‘Log Masuk’ untuk menyemak status bayaran.

3) Masukkan ‘Nombor MyKad’ atau ‘ID Pengguna’.

4) Isi ‘Captcha’ dan tekan butang ‘Semak’.

5) Maklumat yang akan dipaparkan adalah:

  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (jika ada)

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bayaran GKP 4.0 PEMULIH bolehlah diajukan ke:

HasilCare Line: 03-8911 1000

HasilCare Line (Luar Negara): 603-8911 1100

Sumber: Geran Khas Prihatin, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Leave a Reply