Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Mendaftar Sebagai Majikan Bagi Menerima Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) Di Bawah Pakej PEMULIH

Majikan yang ingin mendaftar untuk menerima bantuan kewangan Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) di bawah PEMULIH kini boleh berbuat demikian.

Pendaftaran adalah melibatkan permohonan baru bagi majikan yang belum pernah menerima PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 dan permohonan lanjutan bagi majikan yang telah menerimanya sebelum ini.

Apakah PEMULIH?

Pada 28 Jun 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup ketika wabak pandemik COVID-19.

Nilai keseluruhan pakej PEMULIH adalah berjumlah RM150 bilion dan merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Di bawah fokus untuk Menyokong Perniagaan, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak 3.8 bilion ringgit yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Program Subsidi Upah 4.0 PEMULIH

PSU 4.0

Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) merupakan kesinambungan daripada PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 iaitu bantuan kewangan dari kerajaan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerjanya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tujuan

Tujuan PSU 4.0 ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja dari kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Jumlah pekerja

500 pekerja bagi setiap majikan.

Kadar upah

RM600 bagi setiap pekerja.

Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0)

Tempoh

4 bulan iaitu 2 bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara dan 2 bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.

Tempoh (4 bulan) PPN – Pelan Pemulihan Negara Sektor terlibat
2 bulan pertama Fasa kedua Semua sektor ekonomi
2 bulan seterusnya Fasa ketiga Sektor dalam kategori senarai negatif

Had gaji

Tiada lagi syarat had gaji ditetapkan (permohonan majikan bagi pekerja yang bergaji lebih dari RM4,000 juga diterima).

Tarikh permohonan

Permohonan bagi PSU 4.0 bermula pada 1 Ogos 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Syarat-syarat lain

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) mengenai Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) PEMULIH di pautan INI

Seperti PSU sebelum ini, syarat-syarat berikut juga mungkin masih terpakai:

1) Untuk mendaftar di bawah Program Subsidi Upah, majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.

2) Majikan juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.

3) Kadar penurunan pendapatan atau jualan bulanan adalah sebanyak 30% atau lebih bagi tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) Dan Bayaran Tambahan RM1,000 Di Bawah PEMULIH

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari laman web https://psu.perkeso.gov.my/

2) Klik “Permohonan PSU 4.0”.

3) Pilih “Aktiviti Industri” dan klik “Cari”.

4) Isi maklumat yang diperlukan.

5) Muat naik *dokumen sokongan.

6) Klik “Hantar”.

*Dokumen sokongan

1) Senarai nama pekerja (mengikut had saiz perusahaan).

2) Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata akaun bank).

3) Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank.

4) Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.

5) Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) PEMULIH, Hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected]

Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Leave a Reply

Your email address will not be published.