Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan Kementerian Pendidikan akan membuat pengambilan khas guru DG41 secara ‘one-off’.
Pengambilan khas guru ini membabitkan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG41 bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara terutama Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan tersebut untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021
Graduan pendidikan dan bakal graduan pendidikan atau calon-calon semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).
Sekiranya bilangan calon yang berjaya dari kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen, maka permohonan dari kalangan calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan akan dibuka.
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah layak memohon.
Semua urusan temuduga akan dijalankan secara ‘video conferencing’. Pemakluman dan semakan status panggilan temu duga boleh dibuat secara ‘online’ melalui portal SPP.
Tarikh dan masa temu duga yang telah ditetapkan oleh SPP adalah muktamad dan tidak boleh ditukar.
Calon yang berjaya akan dilantik secara berperingkat mulai Oktober 2021 bagi mengisi kekosongan pada tahun 2021.
Urusan penempatan akan dibuat oleh KPM berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen mata pelajaran di sekolah.
Pemilihan penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah adalah tidak dibenarkan.
Graduan pendidikan dalam bidang-bidang yang tiada keperluan opsyen mata pelajaran masih boleh memohon.
Walau bagaimanapun, pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada kekosongan kluster opsyen mata pelajaran.
Senarai opsyen yang ditawarkan bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah boleh dilihat melalui pautan berikut: Senarai Opsyen DG41 2021
Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya dan hendaklah dikemukakan melalui sistem mySPP sahaja. Permohonan secara manual tidak diterima.
Anda digalakkan untuk membaca dahulu Panduan Pengguna sebelum menggunakan sistem mySPP. Muat turun di sini: Panduan Pengguna mySPP
1) Layari mySPP di https://myspp.spp.gov.my
2) Bagi pengguna baharu, klik butang ‘DAFTAR AKAUN BAHARU’ dan isi butiran yang diperlukan. Seterusnya, klik butang ‘Daftar’.
3) Bagi pengguna yang telah mendaftar sebelum ini, masukkan ‘myID’ serta ‘Kata Laluan’ dan klik ‘LOG MASUK’.
4) Isikan maklumat di ruangan yang bertanda ‘*’ dan klik butang ‘SIMPAN’.
5) Isikan maklumat akademik dan klik butang ‘SIMPAN’.
6) Isikan ‘Maklumat Tambahan’ sekiranya ada dan klik butang ‘SIMPAN’.
7) Seterusnya klik ‘JAWATAN DIMOHON’. Pilih ‘Jawatan Yang Layak Dipohon’ dan klik butang ’ >>’.
8) Pilih ‘Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih’ dan klik butang ‘SIMPAN’.
9) Klik ‘Pengakuan Pemohon’, klik petak ‘Saya setuju’ dan klik butang ‘HANTAR’.
10) Semakan status permohonan boleh dilihat di menu ‘Semakan Permohonan’. Semakan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi telefon pintar SPP di Google Play.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai urusan pengambilan khas guru DG41 ini, sila hubungi Hotline mySPP berikut:
Urusan Pengambilan 03-8893 4019/4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021/4022
Sumber: Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia