Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Berikut merupakan senarai skim bantuan bulanan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk golongan warga emas.
Mereka yang tergolong dalam kategori warga emas yang layak boleh membuat permohonan untuk menerima skim bantuan bulanan berikut dari JKM.
Baca juga: Cara Untuk Memohon Skim Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Untuk Golongan OKU
RM500 sebulan untuk seorang (dinaikkan daripada RM350 mengikut peruntukan dalam Belanjawan 2021)
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
ATAU
Pemohon diminta membawa dokumen sokongan dan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian dengan membawa:
1) Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
2) Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
3) Salinan sijil kelahiran anak-anak /ahli keluarga yang tinggal bersama.
4) Salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
5) Borang-borang yang berkaitan: (sila klik pautan di bawah untuk muat turun)
Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi warga emas, sila hubungi JKM berhampiran atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui:
Telefon: 03-8323 1000
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi JKM