Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 Bagi Penggiat Seni

Penggiat seni yang layak kini boleh memohon Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 diharapkan dapat menyalurkan bantuan kepada penggiat seni yang kehilangan pendapatan dan terjejas teruk di waktu yang sukar ini.

Apakah Program Bantuan Makanan Artis COVID-19?

Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 adalah sebuah usahasama antara Cultural Economy Development Agency (CENDANA) dan Yayasan Sime Darby bagi membantu artis, kolektif, dan organisasi seni Malaysia dalam sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf yang menerima pendapatan daripada gig, pameran, penerbitan, merapatkan seni, dan perkhidmatan kepada seni yang terkesan akibat COVID-19.

Program ini merupakan kesinambungan dari program tahun 2020 dan fasa kedua ini akan meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Di Bawah Pakej PEMULIH

Program ini dilaksanakan bersama-sama rakan komuniti seperti P.O.R.T Ipoh, Penang Arts District, PUSAKA, Duyong Arts Community, Persatuan Seni Kebudayaan Indera Mahkota, Society of Performing Arts Kota Kinabalu, Sabah (SPARKS), dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd.

Inisiatif ini disokong oleh dana daripada geran Kementerian Kewangan Malaysia yang merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kerajaan, Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang dikelolai Yayasan Hasanah melalui GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN).

Syarat-syarat

  1. Rakyat Malaysia yang mempunyai pengalaman relevan sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan portfolio kerja yang menunjukkan penglibatan aktif dalam sektor seni budaya;
  2. Artis, pekerja tadbir, kolektif dan organisasi seni Malaysia dalam sektor seni persembahan,seni visual, muzik independen dan kraf yang menerima pendapatan daripada gig, pameran, penerbitan, merapatkan seni, dan perkhidmatan kepada seni;
  3. Berada dan menjalankan kerja seni di Malaysia;
  4. Bukan pekerja sepenuh masa, ahli lembaga pengarah, pengarah, pegawai atau ahli keluarga terdekat CENDANA atau Yayasan Sime Darby; dan
  5. Kehilangan pendapatan/terjejas teruk akibat impak pandemik.

Jenis bantuan

  1. Pemohon bujang – baucar membeli-belah Lotus’s (atau sebelum ini dikenali sebagai TESCO) berjumlah RM160.
  2. Pemohon berkeluarga – baucar membeli-belah Lotus’s (atau sebelum ini dikenali sebagai TESCO) berjumlah RM220

*Pemohon yang berjaya akan menerima e-mel dan SMS daripada CENDANA dan wakil rakan komuniti untuk menuntut baucar tersebut pada tarikh dan lokasi yang telah dinyatakan dalam masa tiga (3) hari.

*Bagi negeri atau kawasan yang tiada atau jauh dari Lotus’s, baucar beli-belah yang akan diberikan adalah mengikut pasar raya yang terdapat di kawasan pemohon.

Tempoh

Program ini akan dijalankan selama dua (2) minggu dan setiap minggu akan ada satu (1) kitaran.

Kitaran Permohonan dibuka Permohonan ditutup Notifikasi kepada pemohon
Kitaran 3 5 Julai 2021 11 Julai 2021 Mulai 5 Ogos 2021
Kitaran 4 12 Julai 2021 18 Julai 2021 Mulai 12 Ogos 2021

 LANGKAH-LANGKAH

1) Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja iaitu dengan melengkapkan borang yang terdapat di www.cendana.com.my.

Program Bantuan Makanan Artis COVID-19

Cara Untuk Memohon Bagi Penggiat Seni

2) Bagi pemohon yang tidak mempunyai capaian internet untuk membuat permohonan secara atas talian, sila hubungi rakan komuniti berikut:

PERAK Port Ipoh No 11, Jalan Sultan Azlan

Shah,31400 Ipoh, Perak.

Tel: 05-241 2287

PULAU PINANG Penang Arts District 14A & 16A (1st Floor)

The Whiteaways Arcade

Beach Street, 10300 George

Town, Penang.

Tel: 04-261 6161

KELANTAN PUSAKA Tel: 012-991 7460
TERENGGANU Duyong Art Community Ayeng

Tel: 016 837 1385

PAHANG Persatuan Seni Kebudayaan

Indera Mahkota

Wan Amirul

Tel: 017 891 6646

SABAH Society of Performing Arts

Kota Kinabalu, Sabah

(SPArKS)

May Ng

Tel: 016 831 6331

Jeremy Tan

Tel: 017 200 6779

SARAWAK Sarawak Digital Economy

Corporation Bhd.

(SDEC)

Lot 3759 and 3760, Blok 9,

Jalan Sultan Tengah,

Rampangi Santubong,

93050 Kuching

Tel: 082-846005

*Keputusan permohonan akan diumumkan melalui e-mel dan SMS dalam dua (2) ke empat (4) minggu selepas tarikh tutup permohonan.

*Setiap permohonan akan diteliti dan permohonan yang layak dengan kesan kehilangan pendatapan yang jelas akan diutamakan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Program Bantuan Makanan Artis COVID-19, hubungi:

Cultural Economy Development Agency (CENDANA)
G-15-01, Block G (Tower 1) Khalif,
Mercu Mustapha Kamal, Neo Damansara
No. 1, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana,
47820, Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-7712 7212
Fax: 03-7712 7202
E-mel: [email protected]

Sumber: CENDANA

Leave a Reply

Your email address will not be published.