Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Membuat Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 Di Bawah Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 adalah dipelawa untuk memohon penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Dermasiswa B40 Tahun 2021.

Program Dermasiswa B40 tajaan JPA ini ditawarkan khas bagi lepasan SPM yang tergolong dalam kategori B40.

Apakah Program Dermasiswa B40?

Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2021 merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40.

Penajaan di bawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Program Dermasiswa B40 JPA

Objektif

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dari kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Kewangan Melanjutkan Pelajaran Bagi Lepasan SPM Mengikut Negeri

Syarat-syarat umum

(1) Warganegara Malaysia.

(2) Mempunyai kesihatan yang baik.

(3) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama.

(4) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).

(5) Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.

(6) Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.

(7) Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat-syarat khusus

(1) Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA) yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

(a) Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan

(b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

(2) Bagi Universiti Awam (UA) dan Politeknik:

(a) Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil.

(b) Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bidang pengajian yang TIDAK ditaja

(1) Pendidikan.

(2) Kejururawatan.

(3) Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).

(4) Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Tempoh permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian sahaja selama empat belas (14) hari mulai 12 hingga 25 Julai 2021 jam 5.00 petang.

LANGKAH-LANGKAH

(1) Layari portal eSILA di  https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DMSW

Permohonan Program Dermasiswa B40 2021 Di Bawah Tajaan JPA

(2) Pilih ‘Daftar’ untuk membuat pendaftaran pertama kali dan klik ‘Teruskan Pendaftaran’.

(3) Isi butiran yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna’.

Program Dermasiswa B40 JPA

(4) Kembali ke menu utama, isikan nombor MyKad, Kata Laluan dan klik ‘Log Masuk’.

Cara-Cara Untuk Membuat Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021

(5) Isi maklumat peribadi secara terperinci, semak dan ‘Hantar’.

(6) Cetak ‘Slip Pengesahan Permohonan Dermasiswa B40 Tahun 2021’ sebagai bukti permohonan telah dibuat.

(7) Tunggu keputusan yang dijangka akan diumumkan di portal eSILA pada penghujung Ogos 2021.

Pertanyaan lanjut

Pertanyaan mengenai program dermasiswa B40 JPA ini boleh dibuat menerusi emel [email protected].

Sesi soal jawab secara langsung turut diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka di pautan https://meet.google.com/xof-yzvp-fku (10.00-11.00 pagi dan 2.30-3.30 petang, tidak termasuk cuti umum dan hari minggu).

Sumber: Laman Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA

Leave a Reply

Your email address will not be published.