Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Makanan Di Bawah Program Bakul Prihatin Negara

Kepada mereka yang terjejas dan amat memerlukan bantuan makanan, kerajaan sedia menghulurkan bantuan di bawah program Bakul Prihatin Negara.

Sebanyak RM21 juta telah disumbangkan oleh kerajaan dan sektor korporat di bawah Program Bakul Prihatin Negara yang bukan sahaja tertumpu kepada golongan B40 malah kepada semua yang turut mengalami situasi ekonomi yang terjejas.

Apakah Program Bakul Prihatin Negara?

Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Baca juga: Cara Untuk Memohon Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 Bagi Penggiat Seni

Syarat-syarat

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya pendapatan mereka terjejas di sepanjang pandemik COVID-19.

Jenis barangan

1) Beras (5kg)

2) Gula (1kg)

3) Tepung (2kg)

4) Bihun (400gm)

5) Kicap (650ml)

6) Sardin (230gm)

7) Biskut

8) Kopi

Jumlah dibenarkan

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin Negara sahaja.

Namun begitu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga yang memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

Kaedah penyampaian

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon tersebut.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun, penghantaran masih bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi kawasan yang didiami pemohon.

LANGKAH-LANGKAH

Terdapat 4 kaedah yang boleh digunakan untuk memohon bantuan Program Bakul Prihatin Negara:

1) Menghubungi Bilik Gerakan JKM bagi setiap kawasan mengikut negeri seperti berikut;

2) Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau WhatsApp ke nombor 019-26 15999;

3) Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM);

ATAU

4) Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat.

Pertanyaan lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui:

Telefon: 03-8323 1000

E-mel: [email protected]

Laman web: http://www.kpwkm.gov.my

Sumber: Portal Rasmi JKM

Leave a Reply