Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Semak Keputusan Dan Buat Permohonan Rayuan UPUOnline Bagi Lepasan SPM 2020

Tahniah buat adik-adik yang berjaya! Keputusan UPUOnline sudah boleh disemak sekarang dan buat adik-adik lepasan SPM 2020 yang kurang bernasib baik, permohonan rayuan juga telah dibuka.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 kini boleh menyemak keputusan UPUOnline atau membuat permohonan rayuan bagi Sesi Akademik 2021/2022 bermula hari ini.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Membuat Permohonan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 Di Bawah Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Fasa-fasa permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022 bagi lepasan SPM 2020

(1) FASA PERMOHONAN: 04 Januari 2021 – 7 April 2021

Permohonan UPUOnline lepasan SPM 2020 bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Sesi Akademik 2021/2022 telah dibuka pada 4 Januari dan ditutup pada 7 April 2021.

(2) PROSES TEMU DUGA/UJIAN: April 2021 – Jun 2021

Kaedah temu duga dan/atau ujian dijalankan bergantung kepada Institusi/Agensi masing-masing. Mereka yang layak untuk ditemuduga akan dipanggil untuk berbuat demikian mulai April hingga Jun 2021.

(3) FASA PENGEMASKINIAN: 15 Jun 2021 – 2 Julai 2021

Fasa pengemaskinian adalah fasa bagi pemohon mengemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar SPM.

Pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada fasa pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

(4) SEMAKAN HEBAHAN KEPUTUSAN: 16 Julai 2021 – 25 Julai 2021

Keputusan boleh disemak mulai pukul 12:00 tengah hari pada 16 Julai 2021 sehingga pukul 5:00 petang pada 25 Julai 2021. Tempoh setuju terima tawaran pula adalah mulai 17 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021.

Cara Untuk Semak Keputusan UPUOnline Bagi Lepasan SPM 2020

(5) PERMOHONAN RAYUAN: 16 Julai 2021 – 26 Julai 2021

Permohonan untuk membuat rayuan hanya boleh dibuat selama sebelas (11) hari sahaja iaitu bermula pukul 12:00 tengah hari pada 16 Julai 2021 sehingga pukul 5:00 petang pada 26 Julai 2021.

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program sijil sahaja yang boleh membuat rayuan bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.

Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) walau bagaimanapun, tidak boleh dibuat melalui UPUOnline dan perlu dibuat melalui saluran institusi tersebut sendiri.

Cara Untuk Buat Permohonan Rayuan UPUOnline Bagi Lepasan SPM 2020

LANGKAH-LANGKAH

Menyemak keputusan permohonan

1) Layari salah satu dari laman web berikut, masukkan Nombor MyKad, seterusnya tekan ‘Masuk>>>’.

UPUOnline

ATAU

2) Gunakan aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple App Store.

Membuat permohonan rayuan

1) Layari laman web berikut, gunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan sebelum ini, klik LOG MASUK dan buat permohonan rayuan dari pilihan menu yang diberi.

UPUOnline

Maklumat lanjut

Sebarang aduan, pertanyaan dan maklumat mengenai cara untuk semak keputusan dan buat permohonan rayuan UPUOnline bagi lepasan SPM 2020 boleh dibuat menerusi:

1) UPUChat: http://upu-chat.ml/UPUChat/UPU_DaftarMasuk

2) Sistem Maklum Balas: http://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/

3) E-mel rasmi UPU: [email protected]

4) Aplikasi UPUPocket: Muat turun dari Google Play atau Apple App Store

Sumber: Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi

Leave a Reply