Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Memohon Elaun Mencari Pekerjaan Di Bawah Program SIP Prihatin 2.0 PEMULIH

Golongan pencari kerja kini boleh memohon bantuan kewangan dalam bentuk bayaran elaun di bawah program SIP Prihatin 2.0 pakej PEMULIH.

Elaun SIP Prihatin 2.0 ini dibayar oleh kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Permulihan Ekonomi (PEMULIH).

Apakah SIP Prihatin 2.0?

SIP Prihatin 2.0 PEMULIH

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

SIP Prihatin 2.0 adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada individu yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 untuk kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu di bawah pakej PEMULIH.

Melalui PEMULIH, kerajaan bersetuju untuk meluaskan pemberian elaun ini kepada individu yang menggangur dan merupakan bukan pencarum PERKESO seperti graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Tarikh permohonan

Mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Syarat-syarat kelayakan

  1. Individu yang belum berdaftar dan tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Julai 2020.
  2. Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada masa permohonan.
  3. Individu wajib berdaftar, melengkapkan profil dan aktif membuat aktiviti pencarian kerja di portal MYFuturejobs mulai 1 Julai 2021.
  4. Individu perlu menghadiri aktiviti temuduga sekurang-kurangnya tiga (3) kali sebulan melalui;

ATAU;

  • b) bersama anjuran majikan berdaftar dan yang telah mengiklankan jawatan di portal MYFutureJobs

ATAU;

  • c) anjuran luar dan disahkan oleh majikan/agensi pekerjaan swasta

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  2. Salinan Penyata Nombor Akaun Bank pemohon sendiri (bukan Akaun Bersama).
  3. Bukti menghadiri 3 kali temuduga (perlu disahkan menerusi borang pengesahan oleh syarikat temu duga sekiranya ia merupakan bukan anjuran PERKESO).
  4. Pengemaskinian aktiviti temuduga di Log Aktiviti portal MYFutureJobs.

Baca juga: Cara Untuk Mendaftar Sebagai Majikan Bagi Menerima Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) Di Bawah Pakej PEMULIH

Kaedah pembayaran

Pembayaran akan dilakukan dalam tempoh 14 – 30 hari selepas tuntutan diluluskan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon secara Electronic Fund Transfer (EFT).

Tempoh pembayaran

Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 3 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan dikemukakan.

Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) SIP Prihatin 2.0 yang berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja.

Bayaran ketiga bagi Elaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.

Cara-Cara Untuk Memohon SIP Prihatin 2.0

Jumlah pembayaran

Jenis Elaun Aktiviti Pencarian

Pekerjaan

Jumlah Carian Setiap

Bulan

Jumlah Elaun Mencari

Pekerjaan

 

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

 

 

Menghadiri

temuduga terbuka

(fizikal atau dalam

talian)

Minima 3 sesi temuduga

untuk setiap bayaran

elaun mulai 1 Julai 2021

 

RM300 sebulan

Minima 3 sesi temuduga

bagi bayaran EMP bulan

seterusnya

 

 

 

 

 

 

Elaun Persediaan Bekerja (EPB)

 

Mendapat pekerjaan

dalam tempoh

menerima insentif

pada bulan pertama

Menghadiri sekurang-kurangnya satu (1)

temuduga dalam

tempoh menerima elaun

mencari pekerjaan SIP

Prihatin 2.0

 

 

RM300 dan RM400 (secara one-off)

 

Mendapat pekerjaan

dalam tempoh

menerima insentif

pada bulan kedua

Menghadiri sekurang-kurangnya empat (4)

temuduga dalam

tempoh menerima elaun mencari pekerjaan SIP Prihatin 2.0

 

RM300 (bulan pertama), RM300 (bulan kedua), dan RM400 (secara one-off)

 

Mendapat pekerjaan

selepas tempoh

menerima insentif

pada bulan keempat

Menghadiri sekurang-kurangnya enam (6)

temuduga dalam

tempoh menerima elaun mencari pekerjaan SIP Prihatin 2.0

 

RM300 (bulan

pertama) dan RM300 (bulan kedua)

LANGKAH-LANGKAH

1) Daftar sebagai pencari kerja dan lengkapkan profil anda di portal MYFutureJobs melalui capaian www.myfuturejobs.gov.my

MYFutureJobs

2) Muat turun aplikasi Prihatin PERKESO melalui Google Play Store ataupun Apple App Store untuk melengkapkan butiran bagi proses pembayaran elaun anda.

3) Kemaskini aktiviti log bagi setiap temuduga yang anda dihadiri melalui portal MYFuturejobs mengikut syarat yang telah ditetapkan.

4) Anda juga perlu memastikan tarikh kembali bekerja dikemaskini sekiranya anda telah kembali bekerja. Sekiranya anda telah mendapat pekerjaan baharu, anda juga perlu mengemaskini butiran di MYFuturejobs dengan memuat naik dokumen sokongan (surat tawaran) bagi tujuan pembayaran elaun.

5) Semakan permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Prihatin PERKESO dari semasa ke semasa.

6) Sekiranya permohonan ditolak, rayuan boleh dikemukakan melalui www.eaduansip.perkeso.gov.my

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan elaun SIP Prihatin 2.0 PEMULIH ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Sumber: PERKESO

Leave a Reply

Your email address will not be published.